November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Seorang pekerja di sebuah daripada 5 pasaraya Giant yang bakal menamatkan operasinya mulai 5 November ini, mendakwa kakitangan hanya menerima notis seminggu menjelang penutupan itu.

Pekerja itu yang enggan dinamakan berkata, masa depan semua kakitangan di 5 pasaraya Giant itu kini tidak menentu.

Gambar – Google

“Kami diberi 2 pilihan sama ada menerima pampasan atau bekerja di cawangan lain yang masih beroperasi. Tetapi, semuanya bergantung kepada kekosongan.

“Cawangan akan ditutup pada 5 November, tetapi kami masih bekerja sehingga stok dikeluarkan yang mungkin mengambil masa sebulan,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today hari ini.

Sementara itu, seorang pekerja sambilan, Mariam juga mendakwa beliau hanya dimaklumkan tentang penutupan itu minggu lepas.

Katanya, pilihan mendapat pampasan atau berpindah ke cawangan lain hanya ditawarkan kepada pekerja tetap.

Mariam yang baru 7 bulan bekerja di cawangan itu sedih dengan penutupan itu dan masih mempertimbangkan pilihannya.

Katanya, kebanyakan pelanggan di cawangan Giant SACC Mall adalah pekerja pejabat di kawasan sekitar dan secara tidak langsung mengaitkan kepada kemungkinan kurang pelanggan atau perniagaan kurang baik.

Bagaimanapun, ia bercanggah dengan apa yang dimaklumkan syarikat itu kepada kebanyakan pekerja yang ditemubual oleh portal berkenaan.

“Kami diberitahu cawangan itu bakal ditutup kerana sewanya hampir tamat,” kata seorang pekerja ketika ditanya oleh wartawan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons