November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KLANG 1 Nov. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor merampas 853 pakaian sukan termasuk kasut dan selipar tiruan jenama Adidas bernilai RM39,512 dalam serbuan ke atas tiga buah premis di daerah ini, pada petang Isnin lalu.

Pegawai Penguatkuasa Kanan PPDNKK Negeri, Azizul Rahman Sapahin, serbuan itu dilakukan pihaknya kira-kira pukul 2 petang selepas menerima aduan awam mengenai penjualan barangan tiruan di premis-premis terbabit.

“Dalam serbuan di premis pertama, kita berjaya merampas kira-kira 356 barangan tiruan jenama Adidas yang dianggarkan RM17,884. Kemudiannya kita merampas 497 barangan yang sama di premis kedua dan ketiga dengan nilai keseluruhan RM21,628.

“Kita percaya kesemua barangan tersebut diperolehi dari negara jiran dan dijual pada harga di antara RM20 hingga RM50 di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azizul, pihaknya tidak menolak terdapat permintaan untuk barangan tiruan tersebut kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang asli yang mencecah ratusan ringgit.

Kesemua barangan itu ketika ini disimpan di stor PPDNKK Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dikenakan hukuman hukuman denda RM15,000 bagi pesalah syarikat dan RM10,000 bagi pesalah persendirian atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons