November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


SUSPEK berusia 29 tahun yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaporkan menerima anugerah “Datuk Seri” dari Negeri Pahang.

“Suspek yang dipercayai menerima gelarannya dari Pahang,” lapor The Star.

Portal itu melaporkan, ketika suspek dibawa oleh pihak polis dalam keadaan bergari, bagi tujuan permohonan reman, kelihatan dua orang lelaki tidak dikenali sentiasa memerhatikannya.

Keadaan itu dikatakan jelas sekali berbeza berbanding pada kejadian hari Jumaat lalu, di mana seramai 20 pengawal peribadi melindungi suspek.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Ampang sekitar jam 11 pagi semalam, dikawal oleh sekumpulan anggota polis.

Dua lelaki berkenaan dilihat begitu bimbang ketika kumpulan wartawan menghampiri suspek. Namun ketika cuba dihampiri, mereka enggan bercakap dengan wartawan.

Terdapat beberapa info sebelum ini di media sosial mengatakan suspek menerima gelaran “datuk seri” dari Raja Kesultanan Goa, di Sulawesi Selatan Indonesia.

BACA — Suspek pukul RELA terima “datuk” dari Indonesia

Satu lagi info yang tersebar ialah — suspek dikatakan menerima anugerah “Datuk Seri” dari Negeri Kedah.

Orang ramai sebelum ini mempersoalkan bagaimana suspek yang begitu muda, baru berusia 29 tahun boleh menerima gelaran “Datuk Seri”



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons