January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Rafizi bukan macam YDP PAS Padang Serai, Ketua Penerangan PAS Pusat atau Presiden PAS sendiri yang tuduh tanpa bukti yang akhirnya masing-masing terpaksa minta maaf, bayar kos untuk batalkan writ atau terlepas dari saman malu cuma atas masalah teknikal.

Malaysiakini semalam dalam berita bertajuk “‘Saya ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit 1MDB'” melaporkan:

Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.

Malah, dakwa naib presiden PKR itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media di parlimen hari ini, anggota parlimen Pandan itu mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab perkara itu. – Mkini.

Juga dilaporkan:

“Saya hendak tanya Hadi sama ada beliau yakin tiada… wang daripada akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS,” katanya. – Ibid.

Setiausaha Agung PAS Takiyudin Hasan segera menafikan tuduhan Rafizi tu macam yang dilaporkan Malaysiakini:

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa terdapat individu yang rapat dengan parti Islam itu menerima dana bersumberkan 1MDB.

Malah, tegas Takiyuddin, sekiranya ada mana-mana dana-dana luar yang disalurkan kepada parti itu sudah tentu beliau mengetahuinya.

“Setakat yang saya tahu kita (PAS) tidak ada menerima apa-apa dana daripada mana-mana, kalau ada saya sebagai setiausaha agung mesti tahu. – Mkini.

Malaysiakini juga melaporkan:

“Rafizi tak perlu cabar, jalan terbaik adalah beliau membuat laporan kepada SPRM dan serahkan bukti itu untuk disiasat,” kata Takiyuddin. – Ibid.

Malaysiakini hari ini menyiarkan kenyataan jawapan rasmi Rafizi ke atas respon Setiausaha Agung PAS tu dalam berita bertajuk “Rafizi: SPRM ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit Najib” yang antara lain berbunyi:

Beliau menyeru supaya saya menyerahkan bukti yang saya ada kepada SPRM supaya SPRM boleh segera menyiasat.

Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa SPRM sudah pun menyiasat aliran dana dari akaun-akaun yang disiasat berhubung dana 1MDB yang dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Dari siasatan itu, satu aliran dikesan sampai kepada tokoh yang rapat dengan pimpinan PAS itu.

Oleh itu, tidak timbul soal segera menyerahkan bukti kepada SPRM seperti yang dinyatakan oleh Takiyuddin itu.

Namun, saya akan mendedahkan nama tokoh tersebut dalam masa beberapa minggu ini dan selepas itu, saya akan membuat laporan SPRM supaya SPRM dapat merujuk kembali kepada kertas siasatannya sendiri. – Mkini.

Juga dilaporkan:

Setelah saya menamakan tokoh tersebut, ia akan menjadi ujian besar kepada Umno dan PAS seperti berikut:

  • Pimpinan Umno akan bergelut sekali lagi dengan isu campur tangan dalam pentadbiran keadilan negara sekiranya Peguam Negara sekali lagi menutup kes walaupun kertas siasatan telah selesai dan bukti telah dikumpul oleh SPRM;
  • Pimpinan PAS di segenap peringkat perlu menyemak sama ada mereka pernah sekali-kali menerima bantuan kewangan, derma, infaq atau dana (dalam apa jua bentuk dan bagi apa jua tujuan) dari tokoh yang saya namakan itu kerana ada kemungkinan besar ia dana dari wang rakyat yang dibelanjakan melalui 1MDB. Sebagai sebuah parti yang mengaku mengangkat Islam, setiap pemimpin PAS perlu lebih teliti dari semua parti lain mengenai asal usul sumber kewangan mereka untuk mengelakkan sumber yang disifatkan syubhah (diragui).

Aku yakin Rafizi ada maklumat yang cukup dan berkredibiliti untuk membuktikan tuduhan dia tu. Kalau dia tak yakin dengan bukti yang dia ada dia takkan buang masa buat tuduhan palsu.

Rafizi bukan macam YDP PAS Padang Serai, Ketua Penerangan PAS Pusat atau Presiden PAS sendiri yang tuduh tanpa bukti yang akhirnya masing-masing terpaksa minta maaf, bayar kos untuk batalkan writ atau terlepas dari saman malu cuma atas masalah teknikal.

Kesimpulannya, PAS takkan berani untuk saman Rafizi dimahkamah atas tuduhan Rafizi ni sama macam tak beraninya PAS untuk saman Husam dan sebelu tu SarawakReport dimahkamah walaupun sebelumnya kata sungguh-sungguh nak saman dalam masa tertentu.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons