November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Pembangkang Memang Menolak Bajet 2018, Kenyataan Azmin Gopoh-Gapah:- Datuk Saarani Mohamad

Skrip pembangkang dari dahulu tentang bajet yang dibentangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya memang niat untuk menolak,” kata Timbalan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Maka tidak hairan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan tergopoh-gapah dengan memperlekehkan usul belanjawan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Saya melihat di Youtube dan juga di keratan akhbar dan, saya mendapati Azmin Ali begitu tergopoh-gapah untuk membuat komen. Oleh kerana sejak awal lagi sebelum Datuk Seri Najib membaca bajet tersebut dia dah tolak awal.

“Apa jua Perdana Menteri akan bentang, Azmin Ali sudah letak dalam diri dia menolak bajet itu, sebab itu dia tidak melihat sebarang kebaikan, kelebihan dan manfaat yang disediakan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk rakyat Msia 2018,” kata Datuk Saarani ketika ditemui pemberita di Ipoh, hari ini.

Antara yang dipertikaikan Azmin termasuklah mengumumkan program baharu iaitu skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang kononnya ‘mencedok’ idea daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sementara itu, Datuk Saarani turut menyelar Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memperlekehkan bajet 2018 tanpa melihat kepada fakta.

“Untuk menunjukkan dia seorang pemimpin yang baik, dia kena berhati-hati, jadi pendengar yang baik, dengar betul-betul, ulang dengar ucapan bajet daripada Perdana Menteri kemudian baca seluruh teks ucapan itu; lihat analisa, ringkasan bagi teks ucapan bajet itu dan baru komen.

“Ini tidak sebaik saja keluar dari parlimen, selepas Perdana Menteri bentang bajet (perlekeh) sebab dia punya teks (untuk) belasah dari awal,” katanya lagi.

Bagaimana pun, sikap pembangkang ini adalah disedari daripada dahulu, termasuk ketika zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini telahpun berpaling tadah.

“…sewaktu Tun Dr Mahathir bentangkan bajet, pembangkang termasuk mendiang Karpal Singh, semua pun balun semacam juga tapi Tun Dr Mahathir kata ‘itulah suara-suara sumbang pembangkang, pembangkang tidak ada idea, pembangkang mempunyai pemikiran yang singkat, pembangkang tak ada latar belakang ekonomi, ini kata Tun Dr Mahathir sewaktu dia menjadi ketua kerajaan.

“Sekarang (Tun) menjadi ketua bagi pasukan pembangkang dia pun balun balik kerajaan, itu biasa laa.. jadi kita pun jawab yang samalah.. pembangkang tidak ada kepakaran dalam ekonomi, pembangkang tidak ada wawasan,” selar Datuk Saarani.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons