November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 1 Okt. – Hanya dalam tempoh 45 minit, kesemua hampir 10,000 tiket final Piala Malaysia yang dijual di Stadium Darul Aman bermula pukul 9 pagi ini, habis dijual.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, keadaan menyebabkan timbulnya sedikit kekecohan sebahagian daripada ratusan peminat yang gagal mendapat tiket meluahkan rasa tidak puas hati sambil menjerit-jerit.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata, tiket-tiket itu dijual di empat kaunter yang mempunyai lapan laluan di stadium tersebut.

“Daripada keseluruhan 30,000 tiket yang diperuntukan kepada KFA, 18,000 tiket dikhaskan untuk para penyokong yang membuat tempahan awal untuk menaiki 400 bas rombongan ke Shah Alam.

“Hampir 3,000 tiket lagi diperuntukan kepada ahli gabungan dan Exco KFA, pihak pengurusan dan pemain serta penaja. Bakinya iaitu hampir 10,000 tiket itulah yang dijual di kaunter hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sehingga berita ini ditulis, keadaan masih kecoh dengan ratusan penyokong yang tidak berpuas hati berhimpun di depan astaka utama dan membuat bising, mendesak untuk ke pejabat KFA yang terletak di tingkat dua stadium. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons