January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ALOR SETAR 1 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan kerja sehari ke Kedah hari ini dengan bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Seberang Kota Kuala Kedah di gerai makan Gulai Ikan Meletop, di sini.

Beliau tiba di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah pukul 9.20 pagi ini diringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah disambut ratusan penduduk kawasan ini.

Sebelum bersarapan, Najib singgah di gerai Apom Lenggang Sempoi sebelum melahirkan teruja melihat penghasilan kuih tradisional tersebut.

Beliau kemudian menikmati juadah sarapan pagi yang sinonim dengan penduduk setempat seperti gulai ikan temenung, ikan temenung goreng, bawal goreng, pulut manis dan ulam. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons