November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Jawapan kepada “Soalan Kepada BERSATU dari ahli DAP”.

Sebagai
ahli (walaupun bukan pemimpin penting) kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) saya terpanggil untuk menjawab beberapa persoalan yang dikemukakan
pengarah pendidikan politik DAP Johor, Mahadzir Ibrahim seperti disiarkan oleh
Malaysiakini
semalam.

Selepas
bertanyakan AMANAH melalui
“Surat ahli DAP untuk AMANAH”  pada 28 Jun, Mahadzir nampaknya seperti
dibekalkan peluru oleh DAP untuk menghala meriamnya kepada PPBM pula.

Tidak
diketahui apakah pemimpin DAP ini diberikan lesen untuk menghala meriamnya
kepada PPBM, namun diharapkan ia hanya persoalan peribadi.
Apapun,
pertanyaan ini ada juga baiknya untuk semua ahli PPBM dan rakyat menilai semula
hala tuju parti ini.
Walaupun
baru menjadi ahli PPBM kira-kira empat bulan, persoalan yang saya rasakan
paling menarik yang dibangkitkan oleh Mahdzir ialah “Apakah kita tidak ada
ghairah untuk membina negara bangsa?”
Menurut
beliau, AMANAH, PKR dan DAP masing-masing telah jelaskan pakejnya.
Selain
mahu menjadikan UMNO/BN pembangkang, parti-parti ini sudah siap dengan
agenda-agenda membangunkan kembali negara ini, baik dalam aspek keadilan,
ekonomi, sosial, pendidikan, kebajikan malah kebudayaan.
Berdasarkan
kenyataan ini, ia menggambarkan sebaliknya dalam konteks PPBM yang seolah-olah
agenda utama PPBM hanya ‘untuk menjatuhkan Najib Razak’ sebagai Perdana
Menteri, Pengerusi BN, Presiden UMNO dan yang lain dan lain, termasuk Penasihat
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saya
ingin mengajak pembaca, khususnya Mahdzir meneliti, mentelaah dan meyakini
ucapan pelancaran PPBM oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PPBM
pada  Sabtu, 14 Januari 2017 jam 8.30
malam di Stadium Malawati, Shah Alam.
Bagi
saya harapan yang digarapkan oleh  Dr
Mahathir dan sumbangan beliau kepada negara selama ini menjadi sebab besar saya
menyertai PPBM dan meninggalkan UMNO – parti yang saya sertai sejak 1983 dengan
menjadi ahli kali pertama di Cawangan Bukit Chawi, Seberang Perak – selain
perkembangan mutakhir dalam negara.
Hakikatnya,
inilah intipati perjuangan dan jika mahu dikatakan sebagai wadah dan visi
perjuangan PPBM pun, ia memang memang tepat.
Jelas
dan nyata,  PPBM ditubuh bertujuan mewakili
orang Melayu dan Bumiputra lain dalam parti campuran pembangkang untuk
pemulihan pemerintahan yang demokratik di negara ini bersama dengan kaum lain
seperti yang diwasiatkan oleh pejuang kemerdekaan negara bertuah ini.
“PPBM
adalah milik semua orang Melayu dan Pribumi Malaysia. Sebagai parti pribumi ia
mendapat pengiktirafan dan sokongan semua kaum.
“Kami
berikrar akan berpegang kuat kepada amanah untuk menyelamatkan negara ini, dan berpegang
kepada perlembagaan negara untuk memelihara hak dan kedudukan orang Melayu dan
pribumi lain tanpa merampas hak kaum-kaum lain,” kata Dr Mahathir.
Bukankah
ini mesej perjuangan dan janji PPBM kepada rakyat negara ini?
Amat
nyata sekali bahawa tiada ada satu usaha yang lebih mulia daripada usaha yang
PPBM bersama rakan-rakan kita usahakan bagi mengamal ma’aruf dan membasmi
kemungkaran Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO.
Malah
dengan sokongan rakyat melalui parti campuran pembangkang PPBM berharap untuk kembalikan
negara ini sebagai egara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut
undang-undang.
Sudah
pasti melalui cara ini bermakna rakyat kembali bebas melapor dan mendakwa siapa
sahaja termasuk pemimpin Kerajaan, jika terdapat salahlaku atau jenayah
dilakukan mereka.
Dengan
kata lain PPBM bersedia dan akan menyahut teriakan rakyat yang mahu supaya
diselamatkan dari kleptokrasi pemerintah penyangak dan penyamun, yang bernama
BN dengan Najib  sebagai penerajunya.
Soal
menghapuskan imej negara kleptokrasi ini besar perjuangannya apa lagi jika
diizinkan Allah swt, tidak aka nada pilih 
kasih dalam menguatkuasa undang-undang negara.
Malah
pendakwaraya tidak boleh letak tuduhan dan laporan oleh orang awam atau agensi
Kerajaan dalam OSA (Akta Rahsia Rasmi), untuk melindungi jenayah sesiapa.
Tidakkah
ciri-ciri ini menggambarkan kebebasan berpolitik dihormati oleh Kerajaan Parti
Campuran Pembangkang.dan bukan seperti sekarang?
Banyak
perkara berkait pembangunan, dasar kewangan, arah tuju pembangunan, dasar luar,
pelaburan asing dan sebagainya ditegaskan oleh Dr Mahathir pada pelancaran
parti.
Kata-kata
bahawa: “Percayalah kerajaan yang akan mengganti BN pimpinan Najib mempunyai
cukup kepakaran dalam bidang pentadbiran, politik, ekonomi, kewangan dan kesejahteraan
hidup masyarakat untuk melaksana program pemulihan negara dalam perkara-perkara
yang tersenarai di atas. Kerajaan ini akan hormati sistem pentadbiran negara
dengan memisahkan kuasa antara legislature (pembuat undang-undang dan dasar),
eksekutif (pelaksana keputusan pembuat undang-undang dan dasar Kerajaan) dan
kehakiman…
“ begitu membawa keyakinan kepada saya sebagai pengundi dan
rakyat yang dahagakan arah tuju negara yang lebih baik berbanding sekarang.
Dr
Mahathir juga sudah mengatakan dengan jelas bahawa kemiskinan dalam negara akan
dikurangkan melalui pengwujudan peluang kerja dan latihan kemahiran; melalui
pemulihan nilai Ringgit dan pengurangan kos sara hidup.
Malah
yang tegar kerana sebab-sebab tertentu akan dibantu dengan wang yang mencukupi
bagi kehidupan yang dianggap selaras dengan sebuah negara yang prihatin.
“Sesungguhnya yang miskin dan daif akan diberi bantuan supaya
mereka boleh hidup sempurna. Soal mereka sokong atau tidak parti campuran
pembangkang tidak akan diambilkira dalam bantuan yang akan diberi,” demikian
tegas Dr Mahathir.

Perkara
lain yang penting termasuk:

·     1. Jika didapati BR1M
mustahak maka wang ini akan diagih oleh pegawai Kerajaan. BR1M tidak boleh
dimasukkan dalam mana-mana manifesto mana-mana parti.  Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan
dijadikan bantuan statutory yang ditentukan oleh undang-undang dan budget
biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya, atau
cara penyampaiannya.
·     2. GST akan dihapuskan
secara beransur-ansur dan diganti dengan sales tax (cukai jualan) mengikut
selera rakyat.dengan nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan Dolar
Amerika dalam simpanan (reserve) negara.

          3. Kejatuhan nilai
Ringgit akan dipulih melalui pentadbiran dan pengurusan                           kewangan 
negara secara
bertanggungjawab (prudent) mengikut aturan peraturan.                 Segala perbelanjaan
Kerajaan akan dirancang dengan teliti melalui budget yang sah             yang dikemuka
kepada Parlimen.

·     4. Pemulihan nilai
matawang supaya tidak menekan rakyat, terutama yang mempunyai anak belajar di
luar negeri adalah antara yang sewajarnya diterima baik oleh rakyat.
·     5. Tafsiran Foreign
Direct Investment (pelaburang asing secara langsung) akan dikembalikan kepada
pelaburan dalam industri pengeluaran barangan untuk pasaran tempatan dan
eksport.
·     6. Pembelian tanah
secara besar-besaran oleh orang asing dengan tujuan menempatkan orang mereka
akan diteliti dari segi kesan terhadap masa depan politik negara

·     1. Dasar bebas dari
sebarang ikatan dengan blok-blok di dunia;
·     2. Tumpuan akan diberi
kepada sebarang ketidak adilan yang dilakukan oleh mana-mana pihak di dunia.
Sebarang rampasan wilayah oleh mana-mana pihak akan ditentang oleh Malaysia.
·     1. Pihak Kerajaan
(Perdana Menteri yang dipilih oleh legislature) tidak boleh menguasai eksekutif
atau judiciary.
·      2. Perdana Menteri pula
mesti mendapat persetujuan Kabinet sebelum mengemukakan dasar kepada Dewan
Rakyat untuk mendapat persetujuan majoriti daripada ahli Dewan.
·     3. Jabatan Audit Negara
akan dibebaskan daripada Perdana Menteri dan laporan disampaikan kepada
Parlimen, Kerajaan dan orang ramai. Laporan audit tidak perlu dikemukakan
kepada Peguam Negara. Laporan Audit tidak akan diletak dibawah OSA.
·      
4.  Akan tentukan rasuah berbentuk wang atau barangan lain tidak akan diberi kepada
pengundi di apa juga peringkat untuk mendapat sokongan dalam pilihanraya.
·     5. Hutang-hutang baru
untuk projek yang membazir akan dikenalpasti dan akan mengkaji semula dari segi
kemampuan negara  berhutang.
PPBM
tahu bahawa rakyat berkehendak kerajaan yang bersih. Malah sudah dijelaskan
bahawa PPBM bersependapat dengan persepsi kebanyakan NGO dan rakyat dan ramai
daripada kita telah pun menyertai tunjuk perasaan Bersih.
PPBM
bersama dengan parti-parti pembangkang melalui  parti campuran akan berusaha mendirikan
Kerajaan yang bersih, terutama dalam pengurusan pilihanraya di negara tercinta
ini. Ini bermakna semua reformasi yang diperlukan akan dilakukan.
Paling
penting juga semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Malaysia termasuk
Artikel 153. Sudah tentu PPBM menjunjung tinggi Perlembagaan Malaysia dan akan
mempertahankannya.
Bagi saya sebagai ahli
PPBM, pernyataan oleh Dr Mahathir ini adalah dasar parti dan akan dipatuhi oleh
kepimpinan parti berkenaan.
Dan
jangan lupa, PPBM turut berjanji bahawa maruah negara akan dipulihkan disamping
akan selidik habis-habisan akan wang 1MDB yang diselewengkan. PPBM  akan kejar semua wang 1MDB dan Kerajaan yang
telah dilesapkan, yang memang diketahui  berada di tangan orang tertentu.
Tidak kiralah siapa akan
mengetuai parti itu sama ada Presiden, Timbalannya dan seluruh ahli Majlis
Perwakilan Tertinggi, Pengerusi Negara 
dan semua ketua-ketua bahagian, ia adalah ‘blue print PPBM yang akan dilaksanakan
sepenuhnya ‘sambil melangkah terus ke arah pilihan raya umum ke-14’.
Berikutan itu,
janganlah menganggap PPBM hanya mahu menurunkan Najib semata-mata kerana agenda
masa depan negara lebih penting daripada segala-galanya.
PPBM berjuang untuk
rakyat dan kerana itu sokongan padu daripada rakyat sangat dialu-alukan.
Sebenarnya inilah
antara faktor penarik kepada saya untuk menyertai PPBM selain faktor diri Tun
Dr Mahathir itu sendiri.
Diharap pembaca dan
Mahadzir jelas dengan perjuangan PPBM.
Saya amat yakin, akan ada
penjelasan lebih baik daripada pemimpin PPBM  terhadap persoalan pengarah pendidikan politik
DAP Johor selepas ini.
Yang penting, rakyat
faham dan menyambut baik bahawa PPBM adalah parti yang ‘BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH’.

Hambali Abdul Latiff

Cendering

Kuala Terengganu

1Julai 2017.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons