November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PARIS 1 Nov. – Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich muncul dua pasukan pertama yang berjaya mengesahkan tempat ke pusingan kedua kalah mati Liga Juara Juara Eropah lebih awal selepas masing-masing mencatat kemenangan bergaya dalam aksi peringkat Kumpulan B awal pagi ini.

PSG mara selepas membelasah kelab Belgium, Anderlecht 5-0 dengan bintang muda Perancis yang bermain di posisi pertahanan kiri, Layvin Kurzawa mencipta hatrik selain dua lagi gol disumbang Neymar dan Marco Verratti untuk membolehkan pasukan itu berpeluang cerah muncul juara kumpulan dengan berbaki dua perlawanan lagi.

Bayern pula mara selepas menewaskan kelab Scotland, Celtic 2-1 di tempat lawan – terima kasih kepada jaringan awal Kingsley Coman dan jaringan berani Javi Martinez sehingga terpaksa berdarah di kepala untuk mencipta kemenangan itu. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons