November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Satu lagi dakwaan Pakatan Harapan – DAP yang jelas menunjukkan ketidakmampuan pemimpin-pemimpinnya.


Sebelum ini, Azmin Ali, Syed Saddiq, Rodziah Ismail malu besar apabila tuduhan mereka tentang Bajet 2018 telah memakan diri mereka sendiri.

Baca : https://novandri.blogspot.com/2017/10/bajet-2018-ada-yang-berbohong.html

Wan Azizah pula mendakwa ‘pertambahan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) membuktikan dasar ekonomi kerajaan gagal mengeluarkan rakyat daripada belenggu kemiskinan’.

Beliau mendakwa ‘pertambahan itu menunjukkan peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M sejak program bantuan wang sekali beri itu diperkenalkan 5 tahun lalu’.

Nampaknya, Wan Azizah yang dicadangkan menjadi calon PM oleh Pakatan Harapan tidak faham dengan kategori ‘miskin’ dan menuduh tanpa usul periksa hingga menampakkan ketidakmampuan beliau sendiri.

Kepada Wan Azizah, terdapat 2 kategori yang perlu difahami dahulu:

Miskin Tegar

Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM580 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM140 ke bawah.

Miskin

Sesebuah isi rumah yang pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM940 sebulan dengan pendapatan perkapita di bawah RM240 ke bawah.

Manakala statistik kadar kemiskinan negara telah berkurangan daripada 0.6% (2104) kepada 0.4% (2016)


Dalam masa yang sama, pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia telah meningkat daripada RM6,141 pada 2014 kepada RM6,958 pada 2016 iaitu peningkatan 6.2 peratus pada nilai nominal

Maka, kenyataan Wan Azizah yang mendakwa ‘peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M’ adalah satu dakwaan yang kurang cerdik, tangkap muat dan tidak berpaksikan kepada fakta-fakta yang benar. Sungguh memalukan.

Di bawah ialah kronologi BR1M :

2012

BR1M diperkenalkan. RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

2013

Satu kategori baharu diperkenalkan. Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan menerima RM250

2014

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Satu kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

2015

Kadar BR1M dinaikkan kepada RM950 daripada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dibayar secara tiga kali ansuran iaitu pada Januari, Mei dan September.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM450 kepada RM750.

Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kadar dinaikkan daripada RM300 kepada RM350.

2016

Satu kategori baharu diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,050

Perbelanjaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan pada RM1,000

BR1M bagi isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 dinaikkan pada RM800
Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan mendapat RM400

2017

BR1M ditambah daripada RM1000 kepada RM1,200 kepada isi Isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3,000.

Isi rumah di bawah pendapatan RM3,001 sehingga RM4,000 akan menerima kenaikan BR1M daripada RM800 kepada RM900

Individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan, kadar ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450.

Skim Khairat Kematian pula akan diteruskan dengan kadar sebanyak RM1,000.

E-Kasih yang berpendapatan bulanan dibawah RM1,000 akan menerima BR1M sebanyak RM1,200.

Jelas apa yang berlaku ialah :

1.  Penambahan kategori rakyat yang menerima BR1M seperti individu bujang, penerima e-kasih, skim khairat Kematian dan rakyat yang berpendapatan RM3001 sehingga RM4001.

2. Manakala, hanya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah yang menerima BR1M apabila BR1M diperkenalkan pada 2012.

Kerana itu juga, 4.1 juta penerima BR1M pada 2012 telah bertambah 2.9 juta penerima sejak 5 tahun lalu kepada 7 juta penerima. Takkan matematik mudah ini tidak dapat difahami oleh Wan Azizah. Memalukan!

Ternyata bahawa BR1M bukan berfungsi untuk ‘menghapuskan kemiskinan’ tetapi sebenarnya ialah untuk membantu meringankan beban rakyat dan terpulang kepada rakyat untuk membelanjakan wang BR1M dengan sebaiknya.

Kenyataan Wan Azizah yang mendakwa ‘peningkatan 70% golongan miskin penerima BR1M’ adalah satu dakwaan yang kurang cerdik, tangkap muat dan tidak berpaksikan kepada fakta-fakta yang benar. Wan Azizah gagal untuk faham tentang BR1M. Sungguh memalukan.

Ironinya, beliau dan Pakatan Harapan-DAP dengan tanpa malunya telah mencedok inisiatif dan polisi kerajaan BN Persekutuan. Yang lebih tampak bercelarunya ialah Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan pemberian BR1M dan menganggap ianya adalah satu bentuk rasuah dan melanggar undang-undang.

Isu BR1M ini pun tidak dapat kata sepakat sesama pemimpin dalam Pakatan Harapan – DAP, maka akan rosaklah negara jika mereka menang PRU14 nanti. Tetapi rakyat tidak bodoh dan dapat menilai segalanya. Pakatan Harapan yang dibawah telunjuk DAP mesti ditolak.

Baca : Pembohongan Dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan – DAP

Sumber

http://www.iais.org.my/e/attach/2016/03NOV2016_zakat_RTD/s1s2.pdf
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/30/penerima-br1m-naik-2-9-juta-bukti-rakyat-makin-miskin-kata-wan-azizah/

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons