December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA 1 Nov. – Pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Jabatan Audit Negara akan ditempatkan dalam jawatankuasa kerja khas bagi memantau pelaksanaan program dan projek dalam Bajet 2018.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan pelaksanaan semua inisiatif dalam bajet tersebut tepat pada waktunya dan berjalan dengan lancar.

“Pada masa sekarang, Kementerian Kewangan sedang menyiapkan senarai lengkap mengenai jawatankuasa ini. Mesyuarat pertama dijangka dibuat dalam masa dua minggu lagi.

“Jawatankuasa ini akan memantau secara serius supaya semua pelaksanaan projek dan program dalam bajet kali ini sampai kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ali berkata, bermula tahun hadapan, kejayaan pelaksanaan projek kerajaan mengikut jadual dan kos ditetapkan akan menjadi petunjuk prestasi utama (KPI) baharu bagi semua ketua setiausaha kementerian.

Katanya, langkah itu bagi memastikan inisiatif dalam Bajet 2018 dilaksanakan segera tanpa sebarang kepincangan. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons