November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Setinggi tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana dipilih menerima Anugerah Amalan Terbaik Antarabangsa yang pertama bagi Inovasi, Pembaharuan dan Pelbagai Perancangan Modal Pengangkutan oleh Persatuan Pengawal Pengangkutan Antarabangsa (IATR).

SPAD, dalam kenyataan hari ini, berkata anugerah itu disampaikan oleh anggota lembaga IATR yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Matthew Daus kepada Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah, di luar Simposium Pengangkutan Awam Darat 2017, pada 23 Oktober.

Ketika menerima anugerah itu, Mohd Azharuddin berkata anugerah itu merupakan pengiktirafan kepada kerja penting yang dijalankan SPAD sejak tujuh tahun lepas dan komitmen Kerajaan untuk mengguna pakai perspektif holistik untuk melaksanakan wawasan bagi sistem pengangkutan awam yang ditambah baik dan pantas menyesuaikan diri dengan cabaran dihadapi negara yang sedang berusaha ke arah menjadi sebuah negara maju.


SPAD ditubuhkan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi perkhidmatan awam Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, SPAD dipertanggungjawabkan dengan mandat besar untuk menambah baik industri pengangkutan awam darat bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyatnya.

Usaha SPAD untuk merangka dasar koheren dan melaksanakan pembaharuan nasional daripada landskap pengangkutan awam yang sebelum ini berpecah-pecah, termasuk rangka kerja pengawal seliaan e-hailing baru-baru ini, bertujuan menyediakan rakyat Malaysia dengan pelbagai pilihan mobiliti yang senada dengan hasrat banyak pengawal selia pengangkutan di tempat lain.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons