December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


MAJORITI sumber media tempatan, bertindak mengaburkan wajah suspek seorang “Datuk Seri” yang didakwa memukul 3 Anggota RELA tempoh hari.

Namun dalam satu laporan berita berbahasa Inggeris di portal The Star, yang bertajuk “Datuk Seri in Rela assault case remanded for four days” (Datuk Seri dalam kes belasah RELA direman 4  hari) wajah suspek tersebut telah didedahkan kepada umum.

Laporan itu menyebut, “Datuk Seri” yang didakwa membelasah 3 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) direman selama empat hari bermula hari Selasa bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat.

Tahanan reman ahli perniagaan berusia 29 tahun itu dilakukan selepas pihak polis menahannya ketika dia tiba di Balai Polis Ampang pada petang hari Isnin (30 Oktober 2017) selepas 4 hari pihak polis meminta dia menyerah diri.

Suspek berkenaan dikatakan mudah dikenal pasti oleh pihak wartawan kerana rambutnya yang berwarna keperangan.

Pada hari Jumaat lalu (27 Oktober 2017),  tiga anggota RELA yang sedang melakukan tugas memantau keselamatan di sebuah majlis keagamaan di Tokong Kout Ong Yah di Kampung Baru Ampang, dikatakan telah dipukul oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai “datuk seri”.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 pagi itu, salah seorang anggota RELA telah memberitahu “datuk seri” berkenaan bahawa keretanya, yang diletakkan di depan tokong terbabit, telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Bagaimanapun, tindakan itu akhirnya menyebabkan anggota RELA berkenaan bersama dua lagi rakannya yang datang ke lokasi tersebut telah dipukul.

Ketiga-tiga mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Ampang sebelum mendapatkan rawatan di Hospital berdekatan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons