November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sebanyak 7 bahagian PPBM di Johor mengemukakan aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) kerana mendakwa pucuk pimpinan parti gagal mematuhi ketetapan perlembagaan parti berhubung mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan lapor Free Malaysia Today.

Gambar – Google

Tujuh bahagian itu adalah Kluang, Bakri, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat, dan termasuk Pemuda PPBM Semberong.

Ketua Penerangan PPBM Kluang Arjuna Putra Ali berkata sehingga ke hari ini mereka belum terima notis bertulis pelaksanaan mesyuarat agung, mahupun secara lisan atau sebarang media sosial.

Menurut Arjuna, perlembagaan PPBM menetapkan mesyuarat agung bahagian dan cawangan mesti dipanggil selepas tempoh setahun penubuhan parti pada 8 September 2016.

“Kesan daripada tidak melaksanakan mesyuarat agung, kami tidak mengetahui status dan kedudukan parti dari segi perancangan, gerak kerja parti, keahlian dan kesahihan penjawat jawatan dalam parti,” kata Arjuna kepada pemberita di luar pejabat JPPM selepas membuat aduan.

Arjuna berkata mereka mengambil tindakan itu kerana merasakan ada kepincangan dalam PPBM di Johor, berdasarkan kepada aduan yang diterima dari cawangan dan bahagian di negeri itu.

“Kami berpendapat pihak tertinggi PPBM sengaja membiarkan parti ini bercelaru, bergelora dan sekarang di ambang perpecahan,” katanya.

“Kami memohon pimpinan PPBM dan desak adakan mesyuarat agung di pelbagai peringkat,” tambahnya.

PPBM mengadakan sambutan ulang tahun parti itu pada 9 September lalu di Muar, Johor. Parti yang diasaskan oleh pemimpin veteran Umno itu kini menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan, bersama PKR, Amanah dan DAP.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengisytiharkan Johor sebagai negeri barisan depan melawan BN pada pilihan raya umum nanti.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons