November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TANDA

BILA SOTONG

MULA BERTAUBAT

INI TANDA

PARIS HILTON

MASUK ISLAM

DAN  LOKMAN

ADAM JADI

BIJAK

Tuan Haji Abdul Hadi Awang juga dikenali sebagai Mat Sotong suruh saya bertaubat. Sebenarnya yang mesti bertaubat ialah Tuan Haji Hadi sendiri.

ALLAH melarang dalam Al Quran umat Islam berpecah-belah dan berpuak-puak. (Ayat 159 Surah Al An’am, Ayat 103 Surah Ali Imran, Ayat 107 Surah Al Anfal, Ayat 32 Surah Ar Rum, Ayat 94 Surah An Nisaa)

Tuan Haji Hadi mengkafirkan orang Islam di Malaysia. ALLAH SWT melarang perbuatan mengkafirkan dan berjanji sesiapa yang mengkafirkan orang Islam, kafir itu akan kembali kepada mereka. Inilah yang terjadi kepada Tuan Haji Hadi dan Pas apabila bekerjasama dengan DAP.

Kerana Tuan Haji Hadi kafirkan pemerintahan Malaysia dalam Amanatnya, maka empat orang anggota polis dibunuh oleh pengikut Ibrahim Libya kerana percaya mereka sedang berjihad dan mati mereka apabila diserang balas oleh polis adalah mati syahid.

Apa hak Tuan Haji Hadi dan apa hak Pas mengkafirkan orang yang tidak menyertai parti mereka. Di mana dalam Quran atau hadith yang berkata hanya dengan menjadi ahli Pas sahaja barulah seseorang itu beragama Islam. Apakah 1.7 bilion orang Islam di seluruh dunia bukan Islam kerana mereka tidak masuk parti Pas.

Perpecahan yang berlaku di kalangan orang Melayu Islam di Malaysia amat mendalam. Ada yang menafi keislaman ibubapa mereka. Ada di antara orang Pas yang menidakkan keislaman isteri, yang berkahwin sekali lagi.

Ada yang sembahyang berasingan, dengan imam lain; yang tidak sanggup dikebumi di kubur biasa kerana kononnya kubur itu kubur orang kafir.

Ada yang bangun masjid berasingan sehingga sekarang ini pun.

Inilah hasil Amanat Hadi. Ia adalah satu dosa besar. Kerana ini sahaja pun ia perlu bertaubat.

ALLAH tegah perbuatan kerosakan.

(Surah Al Baqarah Ayat 11, Ayat 60, Ayat 205, Surah Al A’raaf Ayat 59, 85, 86)

Sesunguhnya uan Haji Hadi melakukan banyak kerosakan terhadap agama Islam dan orang Islam di Malaysia. Perpecahan yang disebabkan Tuan Haji Hadi telah melemahkan orang Islam.

Saya sedar ramai pengikut Tuan Haji Hadi telah bai’ah kepadanya. Mereka taksub kepadanya sehingga ajaran Al Quran dan hadith yang sahih pun diketepikan. Mereka sudah jadi puak assabiah yang terima sahaja apa yang didakwa oleh Tuan Haji Hadi tanpa soal.

Sekarang Tuan Haji Hadi sedang mempertahankan rasuah dan seleweng wang oleh Tuan Haji Najib. Sekaligus Hadi berusaha untuk memberi kemenangan kepada Tuan Haji Najib dan Umno walaupun di masa yang sama Pas akan kalah.

Pas bersendirian tidak pernah menang selain dari peringkat negeri. Di peringkat pusat Pas hanya mampu jadi rakan kecil di antara pembangkang.

Tetapi Pas akan terus peralatkan Islam. Tuntutan terhadap hudud Pas sudah digugurkan. Sekarang kononnya Pas akan bawa usul RUU 355. Berkali-kali usul ini ditangguhkan. Tetapi Pas masih mengguna usul ini untuk menarik sokongan politik bagi dirinya.

Inilah Pas. Sebelum adanya Pas orang Melayu bersatu dan bersaudara sebagai dituntut oleh agama mereka – agama Islam.

Perpecahan dan permusuhan sesama orang Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan parti Pas. Dianya tidaklah begitu buruk sehingga Tuan Haji Hadi keluar Amanatnya.

Sesungguhnya Tuan Haji Hadi berdosa besar dan Hadi perlu bertaubat dan batalkan Amanatnya.

TAUBAT

JANGAN TAK

TAUBAT

BUEK TOBAT

PILIHARO 

UDANG BUKAN

SOTONG

KAH KAH KAH

————————



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons