November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Naib juara Mentor Milenia 2017, Usop memberitahu tiada apa yang lebih membanggakannya sebagai seorang anak selain berkongsi rezeki dengan kedua orang tuanya.

USCOP gembira dan bersyukur dapat berbakti pada kedua orang tuanya.

Menurut Usop, sebelum bergelar naib juara Mentor Milenia 2017, kehidupan yang dilaluinya agak sulit dan sukar untuk membantu kedua orang tua.

Bagaimanapun, kehidupannya kini berubah, dia bukan sahaja mahu membuka sebuah restoran suatu hari nanti tetapi juga sudah membelikan sebuah kereta untuk kegunaan keluarga.

“Memang menjadi impian saya untuk membuka sebuah restoran untuk ayah dan ibu saya suatu hari nanti. Buat masa sekarang saya masih berusaha keras untuk memastikan impian itu terlaksana.

“Buat masa ini saya hanya mampu membelikan kereta buat mereka sahaja. Memang berbaloi sebenarnya untuk melihat senyuman di wajah mereka bila kita mampu memberikan mereka sesuatu dari hasil titik peluh kita sendiri. Mengenang kembali apa yang mereka sudah lakukan demi saya rasanya masih banyak yang perlu saya buat untuk mereka,” katanya.

Ditanya mengenai perjalanan kariernya, Usop atau nama sebenarnya Saiful Naim Muhd Noor, 20, mengakui, karier seninya bergerak agak perlahan, namun dalam masa sama, dia tetap bersyukur dengan peluang yang tiba.

“Memang single belum keluar lagi tetapi saya sudah menyiapkan tiga runut bunyi drama dan filem. Mungkin rezeki saya ke arah itu, jadi tidak mengapalah single saya tidak keluar lagi. Selain itu saya juga masih menerima undangan nyanyian seperti biasa,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons