November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda, Muhammad Zahid Md. Arip direman berhubung
 kes pembelian Hotel Merdeka Palace oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Dia yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Zahid yang juga bekas Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Bin Ibrahim (TIBABI) dan Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebelum aktif menyertai parti cap bunga raya itu.

Media melaporkan perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd. Rahman di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu suspek yang juga pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (kini PKR) tiba di Istana Kehakiman kira-kira pukul 2.15 petang dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga sambil tangannya bergari.

Suspek yang berumur 51 tahun itu dibawa dari rumahnya di Kuala Lumpur ke Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 12.30 tengah malam Selasa untuk diambil keterangannya sebelum berjaya ditahan pada pukul 4 pagi hari ini.

Zahid ‘menggemparkan’ dunia politik tanah air apabila menyertai PPBM tahun lalu meskipun ramai pemerhati isu siasah tempatan maklum dia amat tegar menentang kuat Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 1998.

Sementara itu juga, awal hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan SPRM berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di London.

Perintah tahanan sementara itu turut dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan oleh pihak suruhanjaya tersebut mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Suspek berusia 46 tahun itu ditahan pukul 9.20 malam Isnin, di Ibu Pejabat SPRM selepas hampir 12 jam memberi keterangan.

Dia merupakan ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan di Negeri Sembilan. 

Salah seorang peguam bela suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan otot.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

Kehadiran Mohd. Zaid dengan berkerusi roda kerana mengalami ‘slip disc’ serta ‘muscle spasm’ sambil berbaju lokap SPRM dan bergari diiringi pegawai SPRM turut menarik minat ramai pihak lapor Mynewshub.cc



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons