Bajet 2018 Warga Emas Naik Kepada RM350 Sebulan

Jikalau di Finland contohnya, rakyat mereka sekarang ini yang tidak bekerja menikmati 600 Euro setiap bulan. Ini termasuklah kepada warga emas di sana.

bajet 2018 warga emas

Tetapi semestinya harga mahal yang perlu dibayar oleh kalangan pembayar cukai sana yang mana dana ia digunakan sebahagiannya untuk tujuan kebajikan sebegitu rupa.

Di Malaysia, berbanding tahun lalu elaun warga emas sejumlah RM300 tahun ini bajet 2018 warga emas kenaikan elaun telah naik sebanyak RM50 menjadikan jumlah terkini pemberian dan pembayaran elaun warga emas dalah sebanyak RM350.

Kadang-kadang ada warga emas yang yang masih lagi terpaksa menjaga anak yang mungkin cacat, terlibat dengan kemalangan atau berpenyakit yang masih memerlukan pemerhatian warga emas, sememangnya bantuan bajet 2018 warga emas ini amat-amat membantu mereka.

Nampak jumlah RM50 agak kecil, tetapi sememangnya mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung mereka.

  1. Kos makan minum
  2. Kos bil elektrik TNB dan bil air
  3. dan adakalanya mesin perubatan dan ubat-ubat yang digunakan

Cara Mendapatkan Bantuan Bajet 2018 Warga Emas

Pastinya ramai yang tidak tahu. Cara untuk mendapatkan ini mudah sahaja untuk warga emas seperti ini

  • Pastikan umur mereka adalah 60 tahun dan ke atas
  • semestinya tiada gaji dan pendapatan untuk mereka
  • tiada yang dapat memberikan sumbangan secara bulanan kepada mereka untuk sara hidup

Anda perlu membawa bersama dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan ahli keluarga yang tinggal bersama dengan mereka, gambar berukuran passport jika ada pada ketika berkunjung ke mana cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM