November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Kerajaan akan bentangkan Bajet 2108 esok, pembangkang juga sibuk hendak buat Bajet Alternatif sejak semalam. Mungkin malu hendak mengambil syarikat Malaysia yang berjaya seperti Khazanah Malaysia, KWSP, PNB dan sebagainya, maka Pakatan Harapan telah mengambil Temasek Holdings sebagai model contoh atau ‘roke medel’ Bajet Alternatif mereka. Petikan dari Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2018,

Using Temasek’s governance and performance as a benchmark, we estimate a combined higher income from investments at RM8.48bn.

Kenapalah pembangkang di Malaysia suka sangat buat aksi badut sejak akhir-akhir ini. Mengambil Temasek Holdings, syarikat pelaburan Singapura sebagai tanda ukur amat kelakar. 

Untuk pengetahuan macai-macai DAPig dan ProTun, Temasek Holdings aadalah sebuah syarikat pelaburan Singapura, sama seperti Khazanah Nasional di Malaysia. Sebab apa saya kata kelakar?

Pertama, pada tahun 2008, Temasek Holdings kerugian (wiped out) SGD58 billion atau setengah dari peningkatan atau keuntungan yang Temasek Holdings perolehi dalam lima tahun sebelumnya.

Kedua, pada tahun 2016, Temasek melapurkan penurunan 10% bersih (net) di dalam nilai pelaburannya dari SGD266 billion kepada SGD242 billion.

Ketiga, setakat bulan Mac 2016, Temasek Holdings mengalami kerugian sebanyak RM24 billion.

Keempat, perlu dimaklumkan bahawa KWSP, KWAN, LTAT, PNB dan Khazanah Nasional sebaliknya mencatat keuntungan untuk tahun yang sama.

Kelima, Temasek Holdings diuruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ho Ching yang juga merupakan isteri kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong. 

Kenapa mereka menjadikan isteri Perdana Menteri Singapura sebagai idola sedangakan isteri Perdana Menteri Malaysia hanya sebagai Penaung Sekolah Permata Pintar dikritik dengan hebat?

Bijak sangatlah Pakatan Harapan menggunakan Temasek Holdings sebagai pengukur tanda dan penanda aras. Pandai yang tidak boleh diikut, bodoh yang tidak boleh diajar.


Berikut adalah Kenyataan Media Ketua Penerangan UMNO mengenai Bajet Alternatif Pakatan Harapan 2018.

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA 

26 OKT 2017

Di kulit buku ‘BELANJAWAN ALTERNATIVE’ dengan ketebalan 88 muka surat yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan (PH), terpampang gambar ‘skyline’ KL dan bangunan ikonik lain bagi melambangkan kejayaan negara.

Sedar atau tidak, ini merupakan satu pengakuan dan pengesahan PH terhadap rujukan kejayaan yang dilakar oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Malaysia sejak merdeka. Ketidak telitian PH makin ketara apabila   kandungan buku belanjawan tersebut diperincikan. 

Rata-rata pembaca berpendapat bahawa kandungan BAJET ALTERNATIF merupakan belanjawan untuk memancing undi semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dalam melaksanakannya. Belanjawan tersebut jelas mengambarkan kehambaran PH.

Mereka seolah-olah sudah  ketahui bahawa mustahil bagi mereka untuk memenangi hati rakyat dan jauh sekali berkesempatan untuk menunaikan janji belanjawan mereka, jadi mereka mengambil pendekatan “janjikan sahaja bulan dan bintang”. Kenapa mereka berpendirian sedemikian?

Semuanya merupakan ekoran kegagalan dalam mendapat sambutan untuk perhimpunan Kleptokrasi di Kuala Lumpur dan juga Konvensyen PAN di Alor Setar baru-baru ini. Kegagalan kayu pengukur ini semestinya meletakkan PH dlm situasi terdesak.

Ini diburukkan lagi dengan pergolakan dan perberantakan parti-parti dalaman PH (intra dan inter) itu sendiri. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan rakyat, terutama para cerdik pandai dan anak muda hilang keyakinan terhadap kewibaan PH sebagai alternatif yang lebih baik daripada BN. 

Malah kucar kacir dalaman inilah yang membuatkan PH dilihat sebagai kelompok yang putus harapan untuk menyusuli agenda peribadi dengan percubaan mengkudakan satu sama lain tetapi terikat dengan tali hayat ehsan DAP di bawah ‘pembangkang yang diketuai oleh DAP’.

Apa yang jelas, belanjawan PH ini  kononnya cuba menonjolkan  satu formula mustajab  bagaimana negara yg sedang berkembang seperti yang diiktirafkan oleh Bank Dunia sebagai “…the Malaysian economy is progressing from a position of strength”, kepada negara “…progressing from a position of no hope (PH/PUTUS HARAPAN”.

Mana mungkin Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang berdaya saing jikalau terpaksa menanggung pembelajaran percuma untuk semua peringkat umur yang melibatkan kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun. 

Apatah lagi jika GST dihapuskan dan kembali kepada  SST seperti era Mahathir yang menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion, dan menaikkan upah minimum yang akan menambahkan bebanan sebanyak RM43 bilion.

Perbelanjaan untuk 3 perkara tersebut akan mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira-kira RM130 bilion atau RM1.3 trilion dalam jangka masa 10 tahun. Langkah ini bukan sahaja akan membuatkan negara bankrap tetapi memaksa negara untuk berhutang dan sudah semestinya ekonomi negara akan  hancur.

PH cuba mengabui mata rakyat kononnya perbelanjaan ini  boleh ditampung daripada penghapusan rasuah yang akan menjimatkan mereka sebanyak RM20 bilion! Apakah asasnya angka ini? Sementelah pula ia dijanjikan oleh pimpinan yang pernah tercalit dan juga yang sedang bergelumang dengan masalah rasuah di mahkamah.

Bolehkah rakyat mempercayai janji yang ditabur oleh pemimpin yang mentadbir negeri kecil yang dilanda banjir besar akibat runtuhan bukit berpunca daripada rasuah atau pemimpin yang bertelagah sesama sendiri menuduh satu sama lain terlibat dengan rasuah (termasuk rasuah seks) atau pemimpin yang mengaku bahawa mereka ialah penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi, kolusi dan nepotisme) serta kleptokrat terbesar?

Dalam kata lain, bajet PH bukanlah belanjawan yang sebenar tetapi lebih merupakan janji pilihan raya untuk memancing undi kerana PRU sudah semakin dekat. Disebabkan atas tujuan inilah, bajet alternatif PH  dibentangkan sebelum bajet kerajaan diwartakan.

InsyaAllah, rakyat akan menerima bajet sebenar pada hari Jumaat ini. Bajet pilihan rakyat saban tahun di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Sudah tentu bajet ini bukan bajet pancingan pilihanraya. 

Bajet ini merupakan  kesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat, bajet yang mapan dan bertanggungjawab memacu pertumbuhan KDNK negara menjadi antara yang terbaik di dunia, bajet yang mengawal defisit belanjawan tetapi pada masa yang sama rakyat di segenap lapisan terus terbela dan disantuni secara berkesan.

Dalam kata lain, bajet ini merupakan belanjawan harapan rakyat dan belanjawan yang menjadikan PH satu gagasan yang putus harapan (hopeless) dan tidak lagi diharapkan.

Tan Sri Annuar Musa (TSAM),
KETUA PENERANGAN
UMNO MALAYSIA dan
AHLI PARLIMEN KETEREH
26.10.17



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons