December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PUTRAJAYA 2 Nov – Cadangan untuk menjadikan alam sekitar sebagai subjek dalam sukatan pelajaran peringkat sekolah rendah serta menengah dijangka akan dibentangkan ke Kabinet tahun hadapan setelah perbincangannya mengenai selesai dilakukan.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, perbincangan peringkat pegawai melibatkan kementeriannya dan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu juga berjalan lancar.

Pelaksanaan cadangan ini bagaimanapun mungkin mengambil masa sedikit kerana memerlukan perbincangan lanjut selain persediaan tenaga pengajar, katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program TN50 peringkat kementeriannya, di sini hari ini.

Beliau berkata, sama ada subjek itu dijadikan wajib peperiksaan atau tidak akan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan.

Mengulas perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, kementeriannya meneliti untuk menggubal dan meminda beberapa undang-undang berkaitan alam sekitar bagi memastikan kelestarian alam sekitar menjelang 2050. – BERNAMA



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons