November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkata beliau kerap dilantik menjadi penaung sesuatu organisasi semata-mata supaya dapat memastikan aspek kewangan berjalan lancar.

“Kadang-kadang orang buat lawatan sambil belajar pun minta duit dekat saya. Buka puasa di masjid pun minta bantuan kat saya,” kata isteri perdana menteri ketika menjadi tetamu kehormat di sebuah program anjuran Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, kontroversi akan ditimbulkan pihak pembangkang sekiraya beliau mendapatkan dana untuk sesuatu organisasi.

Rosmah, yang juga penaung program didikan awal Permata Negara, berkata beliau bukan dilantik untuk membuat kerja “tetapi untuk suruh saya cari duit”.

“Saya rasa Yakeb pun lantik saya sebagai penaung kerana nak suruh saya cari duit. Banyak saya dapat surat dari Yakeb minta pertolongan itu ini, dan saya tak ada bajet.

Tanya Khairy,” katanya.

Menurut Rosmah, beliau bersedia menggunakan saluran suaminya untuk membantu mendapatkan dana bagi sesuatu organisasi.

Yang mana tak boleh bantu, yang besar-besar, saya hantar surat kepada YAB PM,” katanya merujuk Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada berjenaka, Rosmah melahirkan rasa kecewa kerana mereka yang dibantu akan melupakannya.

“Kalau terima durian runtuh, ingatlah penaung sikit. Jangan suruh saya buat keja cari duit tapi bila dah dapat duit, lupakan saya.” – FMT



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons