December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Begitu jahat dan tidak bertanggungjawabnya puak pembangkang dan portal-portal apabila menabur fitnah.


Kononnya laporan terbaru Bank Dunia adalah berita buruk untuk Barisan Nasional.

Portal yang tidak bertanggungjawab itu ialah The Malaysian Insight.

Portal itu menyiarkan satu kenyataan yang sangat jahat dan berbau fitnah melampau. Perenggan pertamanya sudah berbohong, iaitu:

“Out of the 15 Asian economies analysed in the report, Malaysia and a few others are the only ones expected to worsen.” (Daripada 15 ekonomi negara Asia yang dianalisis dalam laporan tersebut, Malaysia dan beberapa yang lain adalah satu-satunya yang dijangka bertambah buruk )

Sumber yang dirujuk kononnya adalah daripada World Bank : East Asia Pacific Economic Update, October 2017: Balancing Act

Jika merujuk kepada artikel itu, World Bank tidak pernah melaporkan ‘Malaysia dan beberapa negara Asia lain adalah satu-satunya yang dijangka bertambah buruk). Yang dilaporkan dalam artikel itu ialah :

Thailand and Malaysia are expected to grow more rapidly than expected, due to the stronger exports, including tourism, for the former, and increased investment in the latter. (Thailand dan Malaysia dijangka berkembang pesat daripada yang dijangkakan, berikutan eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan untuk (former) Thailand dan peningkatan pelaburan untuk (latter) Malaysia)

Jika Malaysia disebut oleh World Bank sebagai negara yang dijangka berkembang pesat daripada yang dijangkakan dan meningkat pelaburannya, kenyataan dalam portal tersebut tidak betul dan sangat tidak bertanggungjawab.

Lebih memalukan lagi apabila pembohongan portal pembangkang ini turut digunakan secara membuta-tuli oleh A. Kadir Jasin dalam blog beliau dan turut disiarkan dalam satu lagi portal pembangkang kaki spin, MalaysiaKini.

Memalukan!

Dan jika anda tertipu dengan propaganda jahat pembangkang dan mahu tahu yang sebenarnya tentang pandangan World Bank yang sebenarnya, kita boleh merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai di dalam web World Bank (muka surat 122-123)

http://documents.worldbank.org/curated/pt/172621506963423114/pdf/120158-PUB-PUBLIC-Wednesday-10PM-OCT-4-180p-EAPEconomicUpdateOctweb.pdf

Summary

GDP growth in Malaysia accelerated during the first
half of 2017 to 5.7 percent (y-on-y), supported by
strengthening domestic and external demand. As a
result, Malaysia’s economy is expected to grow at
5.2 percent in 2017. The outlook remains positive as
the Malaysian economy continues to experience broadbased
growth across a range of diversified sectors.

Kesimpulan

(Pertumbuhan KDNK di Malaysia dipercepatkan pada separuh pertama 2017 kepada 5.7 peratus (y-on-y), disokong oleh pengukuhan permintaan dalam dan luar negeri. Sebagai
hasilnya, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada 5.2 peratus pada 2017. Prospek kekal positif selari dengan ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan merentasi pelbagai sektor yang luas.)

Realitinya, ekonomi Malaysia berkembang kukuh dan lihatlah betapa jahatnya propaganda puak pembangkang hingga sanggup menipu rakyat.

Perangai jahat pembangkang ini dibantah dan mereka tidak patut disokong.

Artikel Pilihan: Surat Terbuka Utk Tun Mahathir

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons