December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 02 Nov. – Sekalipun semakin tersebar luar berita yang mereka bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini, namun pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura terus berteka-teki dengan media.

Dalam pertemuan dengan wartawan semalam, pasangan yang popular menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu tidak mengiya mahupun menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, pasangan pelakon itu meminta semua pihak supaya mendoakan yang terbaik buat mereka.

“Kami sendiri tidak tahu macam mana cerita tersebut boleh timbul. Mungkin ia salah satu strategi untuk mempromosikan supertelefilem yang kami jayakan.

“Apa yang boleh saya katakan, doa yang baik-baik untuk kami. Kalau ada berita baik, kami pasti akan berkongsi dengan pihak media dan peminat.

“Tambahan pula saya dan Fazura masing-masing sangat sibuk bekerja dalam masa terdekat ini. Saya hanya mampu meminta anda semua mendoakan yang terbaik,” jelas Fattah ketika ditemui dalam majlis tayangan perdana supertelefilem Wanita Terindah di sini semalam.

Bercerita mengenai ikatan persahabatan mereka, Fazura pula mengakui, ada pihak lain yang cuba memecah belah hubungan yang terbina lebih tujuh bulan lalu ini. 


Namun, mereka menganggap ia perkara biasa dan sentiasa berfikiran positif.

“Kami sangat menghargai setiap doa yang baik daripada peminat. Tetapi dalam masa yang sama, kami tidak dapat lari daripada pihak yang cuba merosakkan persahabatan kami.

“Bagi saya, ia merupakan perkara biasa dalam dunia seseorang artis. Saya dan Fattah tidak melayan perkara tersebut dan sentiasa positif.

“Saya sendiri sudah lama dalam industri, jadi boleh dikatakan saya sudah masak dengan perkara seperti ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons