November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KRISIS hubungan antara Datuk  Hans Isaac dan tunangnya Aileen Gabriella Robinson dilaporkan berakhir selepas pelakon itu memutuskan untuk membatalkan perkahwinan mereka.

Hans Isaac sepatutnya mengahwini Gabriella Robinson, seorang model dan bekas ratu cantik itu pada bulan Julai tahun ini, namun tarikh itu ditunda kepada satu tarikh yang tidak dimaklumkan sebelum ini.

“Dengan berat hati, saya mengumumkan perancangan untuk berkahwin, dengan orang yang bertunang dengan saya awal tahun ini, terpaksa dibatalkan,” katanya seperti yang dipetik oleh The Star.

“Keputusan untuk membatalkan perkahwinan ini tidak mudah, ia dilakukan selepas berfikir panjang dan kesukaran susulan dari pertunangan tersebut,” katanya.

Sebelum ini pada bulan Ogos, Hans Isaac telah mencetuskan khabar angin menggambarkan pertunangannya dengan Gabriella Robinson telah berakhir selepas kedua-dua mereka memadamkan gambar antara satu sama lain di laman sosial Instagram.

Namun Hans Isaac menafikan khabar angin itu.

Pada hari isnin lalu, Hans Isaac ada memuatnaik status peribahasa dalam bahasa Inggeris yang bermaksud “Tidak pernah ragu dengan naluri mu” dengan ulasan “Harimau bintang tidak pernah menukar bintik-bintiknya, masa untuk teruskan hidup!”.

Meskipun kiriman itu tidak menyatakan sebarang nama atau menjelaskan kepada siapa ia ditujukan, namun dapat difahami daripada ulasan-ulasan pengikutnya bahawa tulisan itu ada kena mengena dengan hubungan pertunangannya itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons