January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hadis tu panjang, ustaz…. Ustaz main ambik yang hujung saja, untuk nak wat hukum orang, tak kena tu, Ustaz…! Ustaz tahu tak, sebenarnya hadis itu terkena kepada ustaz dan orang-orang PAS…

Oleh Abe Awang

USTAZ DIN : “Ana sedih tengok orang Islam sekarang… Sanggup tinggalkan perjuangan Islam, bersekongkol dengan kafir harbi untuk nak lawan ulamak…. tolak hukum Allah.”

ABE AWANG : “Laaa… ingatkan ustaz sedih tengok tak ramai orang Islam solat fardhu berjema’ah di masjid…. rupanya sedih pasal ramai orang keluar dari PAS… o’aloh, itu politik je lah, ustaz…! Banyak lagi benda lain yang kita patut sedih.”

USTAZ DIN : “Politik juga adalah urusan agama… Ini soal penghinaan terhadap ulamak dan penolakan terhadap hukum Allah…. Orang tak pergi solat jema’ah di masjid, dia masih boleh solat di rumah…. tetapi orang yang menolak hukum Allah, itu sudah menggugurkan syahadah dia… Iman sudah rosak… Sudah jadi kafir.”

ABE AWANG : “Sebenarnya, kenapa ustaz berpolitik…? Untuk apa…?”

USTAZ DIN : “Untuk perjuangan Islam.”

ABE AWANG : “Perjuangan Islam? Apa yang ustaz perjuangkan…? Kalau ustaz tak perjuangkan Islam melalui PAS, Islam akan jadi macam mana…?”

USTAZ DIN : “PAS berjuang untuk menegakkan hukum Allah di Malaysia….”

ABE AWANG : “RUU355 tu hukum Allah ke..?”

USTAZ DIN : “Hukum manusia… sebab tu hendak dipinda biar selari dengan hukum Allah.”

ABE AWANG : “Nak pinda undang-undang, tu urusan siapa…?”

USTAZ DIN : “Itu kerja wakil rakyat dalam parlimen.”

ABE AWANG : “Kalau Ini urusan Ahli Parlimen, pasal apa orang yang bukan wakil rakyat pulak jadi kafir…?”

USTAZ DIN : “Sebab mereka menolak PAS, parti yang nak menegakkan hukum Allah…. Jadi, samalah hukumnya seperti menolak hukum Allah.”

ABE AWANG : “Semudah itu ustaz mengkafirkan orang…?”

USTAZ DIN : “Ya… Rasulullah sendiri bersabda dalam sebuah hadis, mereka keluar dari agama seperti anak panah yang keluar dari busurnya…. Maknanya, mudah sangat orang Islam jadi kafir.”

ABE AWANG : “Hadis tu panjang, ustaz…. Ustaz main ambik yang hujung saja, untuk nak wat hukum orang, tak kena tu, Ustaz…! Ustaz tahu tak, sebenarnya hadis itu terkena kepada ustaz dan orang-orang PAS… Lafaz penuh hadis itu berbunyi : “Akan muncul suatu firqah dari umat ku yang pandai membaca Al Qur`an. Di mana, bacaan kamu tidak ada apa-apa dibandingkan dengan bacaan mereka. Begitu juga solat kamu daripada solat mereka. Juga puasa mereka dibandingkan dengan puasa kamu. Mereka membaca Al Qur`an dan mereka menyangka bahwa Al Qur`an itu adalah hujjah bagi mereka, namun ternyata Al Qur`an itu adalah bencana atas mereka. Solat mereka tidak sampai melewati batas tenggorok. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah meluncur dari busurnya”… Hadis sahih riwayat Muslim…. Macam mana ustaz boleh gunakan hadis ini sebagai dalil untuk mengkafirkan orang yang tak sokong PAS…?”

USTAZ DIN : “Ana kata, jadi kafir sebab tolak hukum Allah, bukan sebab tak sokong PAS.”

ABE AWANG : “Ustaz pernah nampak tak di Malaysia ni, ada orang tolak hukum Allah…? Kalau ada, berapa orang yang ustaz pernah nampak tolak hukum Allah… dan macam mana cara dia tolak.”

USTAZ DIN : “Memanglah tak tengok…. tapi kita boleh tahu dia tolak hukum Allah bila dia tolak PAS dan tolak ulamak.”

ABE AWANG : “Maknanyaaa…. Kalau ustaz tahu seseorang tu tak sokong PAS, ustaz belum anggap dia kafir, kan….?”

USTAZ DIN : “Belum…! Bukan sebab tolak PAS dia jadi kafir….”

ABE AWANG : “Dah tu, mereka kafir sebab apa…?”

USTAZ DIN : “Sebab mereka tolak hukum Allah….”

ABE AWANG : “Jadi, sekarang, belum ada orang yang jadi kafir sebab RUU355 pun tak ada lagi….”

USTAZ DIN : “Usul RUU dah ada… siapa kata tak ada…!”

ABE AWANG : “Ok, orang yang tolak RUU jadi kafir, walaupun orang tu bukan ahli parlimen pun… Apa hukum seorang ahli parlimen yang ditugaskan untuk bentang usul pindaan tu, tetapi telah minta ditangguhkan…? Dua kali tangguh pulak tu…? Apa hukum, ustaz…?”

USTAZ DIN : “Er… eer… argh, itu strategi…. Dalam politik pun kena ada strategi macam perang juga…..”

ABE AWANG : “Strategi taik kucing lah, ustaz…! Kalau nak tangguh pun, janganlah kafirkan orang… Hadi Awang yang tangguh, tak pasal-pasal orang yang tak sokong PAS jadi kafir….. masuk akal ke, ustaz…???”

USTAZ DIN : “Ok, ana nak tanya… Kenapa enta menentang perjuangan Islam…?”

ABE AWANG : “Politik saya cuma nak lawan UMNO je, ustaz…. Bila PAS dah jadi berus jamban UMNO, dengan PAS sekali saya langgar…. Politik saya nak tukar kerajaan, ustaz…. sebab kerajaan yang memerintah sekarang sudah korup, negara sudah hampir lingkup, ekonomi negara punah jahanam, agama diperniagakan, kehidupan rakyat ditekan…. Itu politik saya.
Soal keislaman saya, saya beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab-Nya, Rasul, Akhirat dan Qada’ dan Qadar…. Saya Solat, puasa di bulan Ramadhan, saya keluarkan zakat, saya buat Haji di Mekah…. Saya tidak buat maksiat, saya tidak buat syirik dan bid’ah, saya tidak percaya khurafat……. Adakah pada anggapan ustaz, saya jadi kafir sebab tak sokong PAS…?”

USTAZ DIN : “Er…. “

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons