November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Azmin Ali melalui kenyataannya kepada media menyatakan bahawa kebanyakan pengisian #Bajet2018 yang diumum Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak siang tadi adalah mirip kepada belanjawan yang telah diamalkan oleh Selangor. (rujuk https://www.youtube.com/watch?v=FA6NHoTQx9Y )

Mengambil contoh pengumuman Perdana Menteri berkaitan program My Brain ( MyBrain15 KPT ) yang diberikan peruntukan 90 juta ringgit untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran, Azmin mendakwa program MyBrain adalah satu “saduran” daripada program Selangor Brain Bank.
Azmin Ali sewajarnya melakukan sedikit research sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai bodoh-bodoh alang sehingga memalukan diri sendiri.

Untuk makluman, program MyBrain yang didakwa adalah saduran daripada program Selangor Brain Bank itu sebenarnya telah lama dipraktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri, iaitu sejak Disember 2010 (rujuk http://pmr.penerangan.gov.my/…/8102-rm268b-lancar-tiga-prog… ) sedangkan program Selangor Brain Bank yang kononnya adalah perintis pembuka jalan hanya diumumkan pada bajet Selangor 2014 (rujuk https://selangorkini.my/…/belanjawan-selangor-2014-tawar-b…/ ).

Jadi, jika program MyBrain dimulakan pada tahun 2010 dan program Selangor Brain Bank hanya diumumkan pada bajet Selangor 2014, siapakah agaknya yang menjadi pembuka jalan?

Sudah la Azmin ..check dulu fakta takut malu diri sendiri claim credit



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons