November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 2 Okt. – Permohonan tiga pasukan bola sepak iaitu Kedah, Kelantan dan Melaka United bagi mendapatkan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya diluluskan sekali gus membolehkan mereka beraksi dalam saingan Liga Super 2018.

Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Kata Hamidin, permohonan tiga pasukan tersebut sebelum ini ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan sebelum diluluskan oleh Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, lesen yang diberikan kepada tiga kelab ini hanya merupakan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Sementara dua lagi kelab iaitu Felda United dan Sarawak tidak diberi lesen selepas didapati masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan.

“Untuk makluman semua, FAM sebelum ini menerusi kenyataan media pada 7 September 2017 mengumumkan bahawa sebanyak tujuh daripada 12 kelab yang beraksi dalam Liga Super 2017 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Perak, PKNS, Pulau Pinang, Selangor dan T-Team telah berjaya lulus bagi permohonan mendapatkan lesen FAM.

“Daripada tujuh pasukan yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sebelum ini, empat daripadanya iaitu JDT, Pahang, PKNS dan Selangor turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak,” kata Hamidin.

Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan, seperti yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017.

Lesen FAM & AFC yang dikeluarkan ini adalah sah untuk satu tahun sahaja iaitu bagi musim 2018 dan sepanjang tempoh berkenaan jika ada mana-mana pasukan melanggar artikel-artikel yang terdapat dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2017 atau mempunyai kes berkaitan dengan FIFA dan AFC, lesen kelab mereka boleh ditarik balik. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons