November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus



“Perlukah video ini didedahkan baru siasatan telus mahu diambil?,” demikianlah kata-kata berbaur ugutan yang terpapar di klip video terbaru yang mendedahkan tentang dakwaan skandal kecurangan dan salah guna kuasa oleh Ketua Pengarah SPRM, Dzulkifli Ahmad

Klip berdurasi 57 saat itu disiarkan di YouTube menerusi akaun Jejak Dua
Belas dan menunjukkan gambar bilik hotel daripada rakaman kamera litar
tertutup (CCTV) dengan keadaan katil yang berselerak, mengancam untuk mendedahkan
keseluruhan klip jika siasatan menyeluruh tidak dilakukan terhadap ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).

Untuk rekod ini adalah penyebaran video yang ketiga yang membabitkan dakwaan kecurangan dan salah guna kuasa terhadap KP SPRM itu.

Klip video pertama dan kedua masing-masing tidak lagi dapat diakses menerusi Youtube dan dipercayai telah dialihkeluar oleh Youtube, mungkin atas sebab pelanggaran undang-undang.

Klip video yang pertama mendedahkan dakwaan hubungan KP SPRM dengan isteri orang termasuk futej dari rakaman CCTV semasa keluar dan masuk bilik hotel. Klip video kedua pula mendedahkan kononnya terdapat pimpinan UMNO yang bersubahat dan melindungi Dzulkifli kerana mahu menutup perbuatan rasuahnya. Klip video ketiga pula semacam memberikan bayangan bahawanya pihak rahsia ini mempunyai bukti yang lebih jelas, dan bukan sekadar gambar berpegangan tangan.

Klip itu bermula dengan persoalan apakah ia bukan korupsi
bila Dzulkifli ke Hong Kong atas urusan rasmi dengan menggunakan tiket
kapal terbang yang dibayar oleh kerajaan tetapi tidak hadir ke program
yang sepatutnya.

Baca : Segalanya Yang Anda Patut Tahu Tentang Dakwaan Skandal Kecurangan KP SPRM

Hong Kong menganjurkan Forum Anti Rasuah Asia (ALB) 2017 pada 23 Mac
lalu – satu acara tahunan yang dihadiri pegawai kerajaan dan peguam di
rantau ini.

Tidak diketahui serta-merta sama ada Dzulkifli hadir program itu
walaupun klip video itu menyatakan kerajaan menghantarnya ke sana.

Ia kemudian menunjukkan sebuah bilik hotel dengan katil tidak berkemas. 

Video itu kemudiannya diakhiri dengan amaran kepada Ali, supaya jangan melindungi
Dzulkifli hanya untuk menyelamatkan dirinya sendiri.

Terdahulu Ketua Pengarah SPRM berkata kepada pemberita bahawanya beliau tidak akan tunduk dengan serangan taktik kotor apabila diminta untuk memberikan respon tentangnya.

Bagaimanapun kenyataan oleh Dzulkifli itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana tidak mengesahkan atau menafikan tuduhan
hubungan sulit dengan isteri orang.

Untuk rekod, wanita yang dimaksudkan telah sah bercerai dengan suaminya pada awal bulan Oktober dan menafikan perceraiannya ada kaitan dengan pihak ketiga sebaliknya ia berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

SATU lagi klip video
muncul malam tadi, menambah tuduhan terhadap ketua badan pencegahan
rasuah Malaysia Dzulkifli Ahmad kepada salah guna wang kerajaan dan
memberi amaran kepada Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa supaya jangan
melindungi skandal itu.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

SATU lagi klip video
muncul malam tadi, menambah tuduhan terhadap ketua badan pencegahan
rasuah Malaysia Dzulkifli Ahmad kepada salah guna wang kerajaan dan
memberi amaran kepada Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa supaya jangan
melindungi skandal itu.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons