November 25, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Heh! Dah takde modal nak dijadikan bahan jajaan Politik sangat gamaknya puak Pakatan Haprak ni sampai isu berkaitan dengan pasaraya Giant tutup pun diorang nak Politikkan juga.

Dalam sebaran info yang dibuat sebelum ini, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya 5 pasaraya itu tutup mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi Negara pada ketika ini.

Antara lain, puak Pakatan Haprak tu membuat dakwaan kononnya penutupan itu adalah disebabkan rakyat kurang berbelanja akibat kenaikkan kos sara hidup yang terlalu tinggi pada ketika ini.

Padahal, rangkaian pasaraya Giant tu tutup kerana mereka mahu mengurangkan kos sewaan bulanan serta mencari premis yang lebih kecil berbanding yang sedia ada pada ketika ini.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri KPDNKK yang menjelaskan bahawa penutupan itu berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya selepas perhimpunan bulanan kementerian, di sini semalam.

Apa yang jelas, tindakan puak Pakatan Haprak tu hanya cuba memberikan gambaran seolah – olah keadaan ekonomi Negara pada ketika ini berada dalam keadaan yang membimbangkan.

Namun IRONIKnya, bila ada pihak yang nak buka kilang di Malaysia bagi meningkatkan ekonomi Negara, sibuk pulak puak Pakatan Haprak tu membuat bantahan secara terang – terangan.

Malah puak Pakatan Haprak tu juga yang memberikan gambaran dan membuat dakwaan kononnya Kerajaan cuba menjual kedaulatan Negara melalui pelaburan asing yang dibuat. Adakah itu caranya untuk menambah pendapatan ekonomi Negara???




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons