December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


TERSEBAR pula berita tentang penutupan Pasaraya TS Mega, di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur. Pemberitahuan tentang penutupannya dipamerkan di depan kedai tersebut didakwa akibat Cukai GST.

“Dengan ini saya Mr Teoh sebagai pengurus TS Mega mengesahkan bahawa, TS Mega akan ditutup terus pada tarikh 1 – 11 – 2017 terima kasih kepada semua pelanggan yang dihormati,” tulis pemberitahuan yang mempunyai nota kecil di tepi bahagian atas kanan bertulis— “GST bagi saya tutup kedai,”

Tidak dijelaskan dalam pemberitahuan ringkas itu bagaimana cukai GST boleh mengakibatkan pasaraya tersebut terpaksa ditutup.

Bagi penduduk Taman Melati tentu sekali mempunyai pelbagai kenangan dengan Pasaraya TS Mega yang sudah beroperasi lebih 20 tahun itu.

Para pencinta kucing juga turut merasa kesedihan dengan penutupannya. Katanya kakitangan dan pekerja TS Mega sebelum ini didakwa selalu memberikan makanan kepada kucing-kucing jalanan di kawasan tersebut.

Dua minggu lalu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dalam satu sidang media yang diadakan mendedahkan bahawa terdapat peniaga-peniaga Melayu yang “gulung tikar” dan “tutup kedai” akibat pelaksanaan Cukai GST pada April 2015.

BACA JUGA — Pertubuhan Peladang dedah, Petani terpaksa tanggung 30 peratus kos tambahan akibat GST



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons