November 23, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Bawalah
apa sebab sekali pun ditubuhkan, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi
kerugian tukaran asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia lebih dua dekad lalu, ia
dilihat oleh rakyat dalam konteks yang negatif.

Atau samakan
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan kerugian forex selain memperlahan dan  meredakan
serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri?
Mungkin
juga hanya pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang  beria-ia mahu siasatan terhadap kerugian itu.
Bagi
mereka setidak-tidaknya ia boleh menjadi ‘senjata penting’ untuk kerajaan dan
Perdana Menteri melencongkan sedikit fokus rakyat terhadap isu 1MDB serta saman
sivil terbaru Jabatan Kehakiman (Doj) Amerika Syarikat yang hangat diperkatakan.
Dalam
kedudukan di mana Datuk Seri Najib Razak sedang bergelut dengan banyak isu,
tekanan kepada bekas perdana menteri 22 tahun, dilihat boleh neredakan sedikit ‘kehangatan
yang melanda BN/UMNO’.
Namun,
apakah Dr Mahathir bimbang dengannya dan rakyat mengalu-alukan usaha itu
berbanding isu tekanan akibat kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga
barangan keperluan rakyat diakibatkan oleh GST?
Bagaimana
sekiranya RCI sukar mendapatkan fakta dan maklumat selain gagal menyiapkan
laporan lengkap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14?
Pastinya
ia akan menjadi satu igauan buruk kepada pemimpin BN/UMNO  apabila rakyat pula mempersoalkan kenapa
gagal mengheret Dr Mahathir untuk diadili?
Atau
rakyat enggan mengambil penduli dan bercakap mengenai RCI ini yang akan
menyebabkan ‘perang psikologi BN?UMNO’ kecundang dan kemudian tidak berpihak
kepadanya.
Persoalannya
juga belum tentu apa yang sedang dicari atau dikumpulkan oleh RCI ini mendapat
laluan dan kerjasama mudah daripada pihak di luar negara.
Jika
pun dibawa ke pengadilan, apakah mudah untuk dibuat keputusan dan berapa lama
pula kes ini akan berjalan?
Bolehkah
RCI dianggap sebagai ‘kemenangan moral bagi BN/UMNO?’
Menariknya
PAS menyifatkan tujuan RCI hanya bersifat politik semata-mata kerana UMNO
melihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 
sebagai ancaman kepada UMNO di PRU14.
Melihat
kepada maranya PPBM dan kepimpinan Dr Mahathir yang semakin diterima Pakatan
Harapan (PH), ternyata sekali UMNO dan BN sendiri gusar dengan keddudukan itu.
Timbalan
Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam membawa suatu persoalan
menarik kerana menurutnya UMNO dan Perdana Menteri, sangat terdesak untuk
‘melemahkan lawannya’ dengan kadar segera.
Beliau
bertanya “Apakah ini untuk menyamakan bahawa di zaman Mahathir juga ada
skandal sebesar 1MDB?”
jika
motif sebenarnya adalah bertujuan menunjukkan adanya skandal yang berkadaran
dengan 1MDB semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri itu bagaimana RCI
ini boleh membawa manfaat kepada negara dan rakyat?
Tambahnya,
jika kerajaan ikhlas terhadap RCI ini, ia juga harus mendedahkan laporan umum
juruaudit mengenai 1MDB yang telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi
(OSA).
Rasanya
dibandingkan antara RCI dengan laporan PAC yang diklasifikasikan di bawah OSA
itu, rakyat lebih berminat dan memilih untuk mengetahui laporan umum juruaudit
mengenai 1MDB itu.
Apapun,
pilihan di tangan Najib, BN dan UMNO sebaliknya di pihak Dr Mahathir, beliau  sentiasa sedia menghadirkan diri ke mana-mana
tribunal yang ditubuhkan dibawah undang-undang untuk menjawab sebarang dakwaan.
Rakyat
sedang memerhati apakah RCI skandal forex suatu  tindakan politik terpilih dan mengapa pula
dakwaan wujudnya penyelewengan dalam 1MDB tidak disasat secara menyeluruh dan
terabai begitu sahaja?
Kenapa
pula hanya Dr Mahathir mahu diseret sedangkan seluruh anggota Kabinet dan
pentadbiran di bawah era beliau wajar sama disiasat.
Apakah
ini sebenarnya ciri-ciri tindakan politik terpilih oleh pentadbiran Najib?

Juga,
jika Kabinet boleh membuat keputusan menubuhkan RCI ini kenapa sehingga kini
pasukan petugas meneliti skandal 1MDB tidak mendapat tempat di hati Perdana
Menteri dan menanda menterinya di Putrajaya?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons