November 24, 2017
You can use WP menu builder to build menus


JIKA sebelum ini kerajaan Singapura mengharamkan dua penceramah terkenal, Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Ustaz Haslin Baharin (Ustaz Bollywood) daripada menyampaikan ceramah di negara itu.

Kali ini, negeri Johor pula dilaporkan mengambil langkah sama mengharamkan kedua-dua penceramah tersebut. Arahan itu dilapor merupakan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” katanya seperti yang dipetik oleh BH hari ini.

Kementerian Dalam Negeri Singapura sebelum ini dalam satu kenyataan mengatakan Ismail Menk dalam ceramahnya tidak membenarkan orang Islam memberi ucapan selamat sempena sambutan perayaan individu berlainan agama.

Ustaz Bollywood pula dituduh membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam yang disifatkan sebagai menyeleweng.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons