January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Di dalam Bajet Selangor 2018 hari ini, Azmin  Ali mengistiharkan bonus 3 bulan gaji untuk Kakitangan Kerajaan Selangor. Dua bulan telah dibayar pada Jun 2017. Sebulan lagi akan dibayar pada 21 Disember. Hebat Azmin Ali buat magik. Bentang Bajet 2018. Bagi bonus semua dalam tahun 2017. Bijak. Bijak. Bijak menipu.

Bonus 3 bulan gaji Kakitangan Kerajaan Selangor yang seramai 16 ribu orang adalah berjumlah RM94.65 juta. Paling banyak mendapat laba ialah Menteri Besar sendiri. Baki Rakyat Selangor selebihnya hanya mampu melihat sahaja. Dapatlah ibu bapa penyokong parti pemerintah di rumah RM100 setahun membeli belah di Econsave.

RM94.65 juta inilah yang membuatkan harga rumah menjadi mahal kerana separuh dari hasil Bajet Kerajaan Selangor adalah dari premium tanah. Hasil Selangor 2018 dijangka RM2.25 bilion. 48.3% daripadanya adalah hasil dari premium tanah. Ini bermakna hampir RM1 bilion dari tanah.

Sekarang kita faham bagaimana pemaju tidak dapat membuat rumah dan menjual dengan harga murah kalau premium tanah mereka kena bayar tinggi? Hebatkah seorang Menteri Besar jika berbangga separuh hasil negeri sahaja berkaitan premium tanah? 

Yang menderita Rakyat Selangor yang tidak mampu membeli rumah kerana premium tanah yang tinggi dikenakan kepada pemaju. Tapi tak apalah. Demi kelangsungan undi Pilihan Raya Umum ke 14, Kakitangan Merajaan Negeri dapat bonus 3 bulan. Syabas Azmin Ali.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons