December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


 Isu banjir di P.Pinang  mendapat perhatian utama ramai  ADUN  di Sidang DUN kali ini.

Ini tidak mengejutkan kerana menurut rekod banjir didedahkan EXCO Kerajaan Negeri  sudah 119 kali berlaku banjir  dalam masa 5 tahun .  

Antara soalan sebahagian besarnya mengenai masalah banjir dan sistem perparitan negeri termasuk langkah atasi masalah, peruntukan projek tebatan banjir dan tindakan kerajaan negeri.

Banjir kilat paling buruk yang berlaku pada 15 September lalu membuka mata ramai rakyat Pulau Pinang akan masalah yang semakin menjadi serius di Pulau Pinang. 

Keseriusan masalah banjir kilat adalah seiring dengan peningkatan jumlah  pembangunan hartanah yang diluluskan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mengikut laporan sebuah akhbar bulan lalu, sebanyak 23 kejadian banjir kilat berlaku di Pulau Pinang sejak 2013 hingga 2017.

Dalam Bajet2017, Lim Guan Eng dalam ucapan pembentangannya menyatakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membelanjakan RM220 juta ( RM150 juta kepada JPSPP) untuk melaksanakan projek-projek tebatan banjir seluruh Pulau Pinang. Semakan di halaman Perbelanjaan Pembangunan kepada JPSPP untuk tahun 2017 hanya RM14 juta sahaja.

Dalam ucapan pembentangan Bajet 2018 kelmarin, Lim Guan Eng sekadar mengulangi angka-angka tahun lalu untuk perbelanjaan bagi melaksana projek-projek tebatan banjir pada 2018 di seluruh Pulau Pinang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons