December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


2 hari lagi, DS Najib Tun Razak akan mengemukakan Bajet 2018. Hari ini Pakatan Harapan seperti biasa setiap tahun akan membentangkan apa yang dipanggil Bajet Alternatif. Bajet yang tidak memerlukan ilmu ekonomi yang tinggi. Apa yang perlu hanyalah berjanji bulan dan bintang. Seperti yang dijangka, Pakatan Harapan tidak berani untuk menghapuskan BR1M.

Tahun 2017, kerajaan Malaysia menjangkakan memperolehi pendapatan sebanyak RM260bilion, dengan 43.1% adalah hasil dari cukai pendapatan dan cukai tidak langsung seperti  GSTdan lain-lain cukai 23% (RM59.8bilion).

Jika GST dihapuskan seperti saranan Pakatan Harapan, negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM41.2bilion dan pendapatan ini nak ditampung dengan hasil dari mana? Mungkin Pakatan Harapan akan kata kami akan gunakan hasil minyak. Tahukan mereka sekarang hasil minyak kepada negara hanyalah RM13bilion pada tahun 2017 dan RM16bilion pada tahun 2016. Dari mana hendak mencari pendapatan untuk menampung perbelanjaan RM260bilion atau lebih untuk Bajet 2018 nanti.

Terdapat banyak janji-janji kelakar di dalam Bajet Alternatif Pakatan Harapan tahun ini. Antaranya,

Pertama, Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). GST memberikan sumber pendapatan kepada Kerajaan sebanyak RM42 billion. Di mana Pakatan Harapan akan mencari sumber Kerajaan sebanyak itu untuk menampung perbelanjaannya?

Kedua, paling menarik apabila Pakatan Harapan berjanji akan menaikkan paras gaji yang setara dengan kakitangan lelaki untuk golongan wanita. Pakatan Harapan ini tinggal di negara mana? Sejak bila gaji kaum wanita dianaktirikan dan pilih kasih di Malaysia berdasarkan jantina atau ‘gender’? Ramai sahaja kaum lelaki yang mempunyai gaji yang lebih rendah dari kaum wanita di Malaysia? Apa yang Pakatan Harapan merepek ni?

Ketiga, setiap tahun mereka berjanji akan menghapuskan tol. Hakikatnya …


Menerusi Bajet Alternatif 2018 yang dibentangkan hari ini, Pakatan Harapan bertekad untuk membeli semula semua konsesi lebuh raya. Di mana Pakatan Pembangkang berhasrat untuk mencari RM45.2 bilion untuk mengambil alih 31 syarikat konsesi lebuh raya?
Keempat, setiap tahun Pakatan Pembangkang berjanji akan memberikan pendidikan percuma. Hakikatnya, sudah jadi Kerajaan Negeri pun masih tak mampu nak bagi pendidikan percuma di universiti milik Kerajaan Negeri iaitu Universiti Selangor (UNISEL).

Kelima, Pakatan Pembangkang berjanji akan mengurangkan kos pembangunan dan ketirisan. Realitinya, kos pembangunan negeri Pakatan jauh lebih tinggi.

Keenam, Pakatan Harapan berjanji akan menghapuskan rasuah dan menjimatkan RM20bilion, Persoalannya, apa indikator yang mereka fikirkan dalam membendung rasuah dalam penjimatan perbelanjaan kerajaan tersebut?

Ketujuh, menarik lagi, Bajet Alternatif Pakatan Harapan yang lepas-lepas berjanji untuk menghapuskan PTPTN. Kenapa kini berubah fikiran kepada penstrukturan semula hutang pemiutang? Bukankah sekarang ini PTPTN sedang melaksanakan kaedah tersebut kepada pemiutang?

Kesimpulan, Pakatan Harapan kalau bab sembang, babipun boleh terbang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons