December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Sudah sampai masanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, dipraktik sepenuhnya melalui arahan bertulis yang wajib dilaksanakan.

Mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri semalam, yang mahukan sektor korporat memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi mereka, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyambut baik cadangan itu dan berkata, langkah itu sepatutnya dimulakan dahulu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Semalam, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, usaha memperkasa Bahasa Melayu perlu dilaksanakan pelbagai pihak, bukan sahaja di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sektor awam, malah sektor korporat juga memainkan peranan penting.

Ridhuan Tee berkata, jarang sekali beliau melihat GLC kerajaan mendaulatkan Bahasa Melayu.

“Pergi ke TM points, CIMB Bank, dan GLC kerajaan lain. Bahasa Melayu hanya dapat dilihat pada tanda di pintu yang tertera perkataan ‘keluar’. Bahasa Melayu hanya berada di pintu saja.

“Jika tak percaya pergilah ke TM points yang dahulunya nama Kedai Telekom. Mungkin nama kedai Telekom tak popular, maka ditukar kepada TM Points. Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sepatah pun notis Bahasa Melayu tak ada kecuali pada arahan notis di pintu tertera keluar.

“Dah jika GLC kerajaan pun tidak mendaulatkan Bahasa Melayu, macam mana nak harapkan institusi swasta yang lain,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengambil contoh seperti Tesco, IKEA, Aeon Big Ridhuan Tee berkata, mereka semua syarikat antarabangsa, tetapi sangat mendaulatkan Bahasa Melayu.

“Pada pandangan saya, ketua-ketua GLC yang tidak mendaulat Bahasa Melayu dalam agensi kawalannya, perlu ditukar.

“Gantikan dengan mereka yang ada jiwa Melayu dan jati diri yang kukuh bukan terlebih ‘Inggeris. Saya juga mohon TM Points, belajarlah dari IKEA atau syarikat lain yang mendaulatkan Bahasa Kebangsaan.

“Sedih bila fikir, kita sendiri yang merosakkan bahasa sendiri. Lebih pelik, kenapalah kita tidak menghargai permata yang kita ada. Inilah nasib Bahasa Melayu di bumi Melayu, bahasanya merempat di bumi sendiri disebabkan oleh tangan-tangan kita sendiri,” katanya. – ismaweb



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons