January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Ada beberapa perkara yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tentang Bajet 2018.


Dr Mahathir sendiri mengaku bahawa setiap kali bajet-bajet yang dikemukakan sebelum pilihanraya pada kebiasaannya ada peruntukan dalam bajet bagi mempengaruhi rakyat untuk memilih kerajaan semula.

Kita tentu tersenyum sinis dengan dakwaan beliau itu kerana bajet alternatif Pakatan Harapan – DAP begitu jelas berbentuk populis tetapi tidak praktikal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.


Apakah beliau tidak membaca Bajet Alternatif PH-DAP yang menggariskan beberapa perkara seperti BR1M, kenaikan gaji dan sebagainya?

Mahathir Mohamad juga berkata bahawa Bajet 2018 ini tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihanraya.

Hairan kerana kesemua Bajet negara di sepanjang Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah untuk memastikan rakyat menyokong beliau dan kerajaan ketika itu.

Adalah kurang cerdik jika sesebuah kerajaan membentangkan Bajet yang bakal menjatuhkan kerajaan itu.

Mungkin Mahathir boleh menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang dan kerajaan PKR Selangor supaya membentangkan bajet yang tidak akan ‘mempengaruhi rakyat untuk memilih mereka”.

Sebagai contoh, Mahathir boleh menasihatkan kedua-dua kerajaan negeri itu untuk tidak memberi bonus kepada penjawat awam negeri dan meningkatkan lagi pelbagai cukai-cukai untuk menyusahkan rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan DAP negeri.

Dan mana mungkin Bajet 2018 ini benar-benar bajet populis jika kerajaan tetap dengan polisi GST.

Kerajaan boleh sahaja menghapuskan GST tetapi kerajaan berpegang kepada realiti semasa yang merujuk kepada unjuran-unjuran kemampuan negara dan ekonomi yang sangat jelas, tidak seperti puak pembangkang.

Tambahan pula, GST bukanlah cukai tambahan tetapi gantian kepada cukai lama. Kira-kira 160 negara mempunyai bentuk cukai GST ini.

Dan Bajet Alternatif PH-DAP ternyata tidak boleh dipercayai kerana Mahathir sendiri mengaku bahawa akan ada perubahan-perubahan tertentu dalam Bajet ciptaan PH-DAP.

Mahathir juga tanpa sedar telah mengkritik Bajet PH-DAP apabila beliau mengkritik kos kenaikan gaji penjawat awam. Beliau berkata bahawa kenaikan gaji itu akan menyebabkan kos sara hidup akan meningkat.

Untuk pengetahuan Mahathir, bajet Alternatif PH-DAP bercadang menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 sebulan di seluruh negara walau pun mereka gagal untuk menerangkan di manakah mereka akan dapat kos untuk berbuat demikian.

Ironinya, PH-DAP telah mengambil jalan mudah dengan berbohong tentang cadangan menaikkan gaji minima sebagai RM1,500.

Bagi mereka, kos kenaikkan gaji minima itu akan hanya RM2.5 bilion sahaja kerana ‘kira-kira 360,000 pekerja yang kini memperoleh gaji minimum RM1,000.’

Andaian PH-DAP ini sangat dangkal kerana jika pekerja yang bergaji RM1000 dinaikkan RM1500, bagaimana pula dengan mereka yang bergaji RM1,100 , RM1,200 dan seterusnya?

BACA : https://novandri.blogspot.com/2017/10/bajet-alternatif-2018-ph-dap.html

Mahathir juga berkata bajet Alternatif PH-DAP adalah untuk mendapat feedback daripada rakyat.

Maksudnya, setelah bajet alternatif dibentangkan, baharulah PH-DAP mahu mempertimbangkan pendapat dan suara rakyat.

Ianya amat jauh berbeza dengan Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak kerana sebelum dibentangkan, kerajaan BN Persekutuan telah meminta pandangan, feedback dan suara daripada pelbagai kelompok rakyat tidak mengira bangsa, agama dan pandangan politik.

Kerajaan BN Persekutuan mengumpul segala pandangan dan feedback tersebut untuk dijadikan tunjang kepada intipati Bajet 2018.

Maksudnya, Bajet 2018 adalah bajet hasil suara rakyat.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons