December 11, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 3 Nov. – Polis menahan seorang guru tadika kerana dipercayai menampar seorang kanak-kanak berusia empat tahun sehingga mengalami kecederaan di pipi dan telinga dalam kejadian di sebuah tadika di Sungai Jerlok, Kajang dekat sini Selasa lalu.

Suspek berusia 19 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira pukul 7.30 malam semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, kejadian itu disedari oleh guru besar tadika tersebut sebelum memaklumkan perkara itu kepada bapanya.

“Dalam kejadian pukul 6 petang itu, suspek dikatakan menampar muka mangsa menyebabkan telinga kanak-kanak mengalami pendarahan dan mempunyai kesan lebam serta luka di kedua-dua pipi kerana tidak mahu menulis.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kajang dekat sini untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan cedera di kedua belah pipi dan telinga mangsa,” katanya di sini hari ini.

Jelas Ahmad Dzaffir, berdasarkan hasil semakan, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan wanita itu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
 – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons