January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Malu besar!

Itulah yang boleh dikatakan apabila kebanyakan pemimpin Pakatan Harapan terutama sekali dari Parti Cap Bunga, tidak begitu teruja untuk bercakap tentang Himpunan Anti Kleptokrasi yang berlangsung pada hari Sabtu lepas di Padang Timur, Petaling Jaya.

Awal-awal lagi dijanjikan sekurang-kurangnya 100,000 orang akan hadir. Pelbagai drama dan provokasi dibuat untuk menarik seramai mungkin orang ke Padang Timur untuk mendengar ceramah dan hasutan daripada warga-warga tua politik yang semakin sampai ke penghujung kerjaya mereka. Bahkan gambar-gambar dan maklumat-maklumat tentang kedatangan rombongan dengan menggunakan bas-bas yang disewa khas, turut diuwar-uwarkan di Facebook.

Malangnya, padang yang berkapasiti 10,000 orang itu, hanya mampu menampung sebahagian kecil penyokong sahaja. Tidak sampai suku keluasan padang tersebut digunakan. Para peniaga pula mengeluh kerana setelah berjam-jam mereka ‘memancing’, jumlah jualan pula sangat menyedihkan.

Bermodalkan gambar dari pandangan bawah, para penyokong dan jentera propaganda cuba memperdaya khalayak ramai khususnya warga media sosial, kononnya himpunan tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat. Bagaimanapun, pandangan aerial menggunakan dron pula, menyerlahkan hakikat sebenar.

PDRM hanya menganggarkan kehadiran berjumlah lebih kurang 4000 orang sahaja. Harakah, media utama PAS pula sekadar menganggarkan 1500 orang. Malaysiakini menganggarkan 8000. Laporan daripada beberapa media pula adalah kurang dari 10,000 orang. Dan kesemua angka tersebut jauh dari sasaran 100,000 orang!

Dengan menampilkan hampir kesemua barisan utama kepimpinan Pakatan Harapan terutama sekali Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang, ternyata kehadiran yang sangat hambar tersebut memalukan Pengerusi PPBM itu sendiri. Lim Guan Eng yang datang lewat petang dengan harapan, kehadirannya akan menjadi gula-gula, juga kecewa.

Kenyataan pedih Pesuruhjaya PAS Selangor, “itulah gambaran awal sokongan rakyat terhadap Pakatan. Sepatutnya semakin dekat dengan pilihanraya, mood untuk berhimpun lebih tinggi, nammun saya boleh simpulkan hanya setakat itu sahaja kolaborasi yang boleh ditunjukkan rakyat terhadap Pakatan,” menambahkan lagi luka dan penghinaan.

Ketiadaan PAS di dalam Pakatan Harapan adalah punca kepada membazirnya perhimpunan tersebut. Telah ternyata, AMK yang diketuai oleh Nik Nazmi, PAN yang diketuai oleh Mat Sabu, ARMADA yang diketuai oleh Syed Saddiq dan DAPSY yang diketuai oleh Wong Kah Woh gagal total dalam menarik hadirin ke himpunan tersebut. Rungutan daripada penjual tentang ketiadaan golongan muda dalam himpunan di Padang Timur, Petaling Jaya Sabtu lalu adalah bukti kukuh kepada kegagalan berkenaan.

Beberapa orang pemimpin Pakatan seperti Mukhriz Mahathir dan Teresa Kok cuba memberikan gambaran kononnya himpunan tersebut sangat berjaya. Mukhriz sebagai contoh, memberikan angka 25,000 orang sebagai jumlah yang telah hadir walaupun kapasiti Padang Timur hanya 10,000 orang. Teresa Kok pula hanya memberikan jumlah 10,000 orang walaupun gambar yang dipaparkannya pula hanya memperlihatkan sekelompok kecil manusia di sudut padang.

Mungkin agak keterlaluan kalau mahu menjadikan himpunan tersebut sebagai kayu pengukur kepada kejayaan atau kemunduran Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dalam PRU-14 akan datang, memandangkan UMNO dan Barisan Nasional pernah beberapa kali terkena dengan himpunan dihadiri secara besar-besaran oleh orang ramai, tetapi akhirnya UMNO dan Barisan Nasional kehilangan kerusi dan negeri seperti yang berlaku dalam PRU-14 lalu apabila Barisan Nasional kalah lebih teruk di DUN Selangor.

Namun sesuatu yang jelas ialah, Pakatan Harapan yang menampikan dan bermodalkan Mahathir serta barisan kepimpinan PPBM yang terpalit dengan pelbagai skandal kleptokrasi, tidak mampu menarik perhatian ramai walaupun pada peringkat awal, mereka menaruh harapan besar kepada Dr. Mahathir dan Muhyiddin Yassin.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons