December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


GAMBAR jualan murah tak masuk akal oleh pasaraya terkenal Giant, tersebar di media sosial Facebook. Difahamkan 5 cawangan rangkaian Pasaraya Giant sedang membuat Jualan penghabisan stok (clearance stock) sebelum menutup perniagaan mulai 5 November ini.

Antara cawangan pasaraya Giant yang didakwa akan ditutup ialah — Giant Sri Manjung, Perak, Giant Sungai Petani, Kedah, Giant Shah Alam, Selangor, Giant Selayang Lama, Selangor, dan Giant Sibu, Sarawak.

Pelbagai barangan dijual dengan harga yang sangat-sangat murah. Difahamkan barang-barang untuk penghabisan stok dijual pada harga potongan sehingga 70 peratus berbanding harga asal.

Sebagai contoh, baju kanak-kanak dijual pada harga hanya RM2 sepasang, murah mengalahkan harga baju terpakai yang dijual di kedai-kedai “bundle”.

Penyangkut baju yang diletakkan di dalam bakul-bakul, hanya dijual pada harga RM1.

Selain itu papan tanda “clearance stock” bersepah-sepah di sana sini dalam premis cawangan-cawangan Pasaraya Giant yang bakal ditutup itu.

Orang ramai juga dilihat menyerbu premis Giant berkenaan, terutama di bahagian tempat jualan barangan elektrik, memandangkan harga perkakas elektrik yang dijual terlalu murah nak mampus.

Mana tidaknya, televisyen yang sebelum ini dijual pada harga ribuan ringgit, jatuh “gedebuk” harganya kepada hanya beberapa ratus ringgit sahaja.

Inilah bukti kebenaran kata-kata Najib. Di bawah pentadbirannya, ekonomi negara Malaysia semakin maju berkembang sampaikan perniagaan besar seperti Giant pun boleh tutup kedai akibat jualan terlalu laris.

Baca Juga — Makin banyak francais dunia ‘gulung tikar’ di Malaysia



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons