November 21, 2017
You can use WP menu builder to build menus


PARIS 3 Nov. – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mungkin tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya dua minggu kerana mengalami kecederaan pangkal paha, demikian kata ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps, hari ini.

Kata Deschamps, kapten Perancit itu mengalami kecederaan tersebut semasa membantu Spurs meraih kemenangan 3-1 ke atas Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara, semalam.

Ini bermakna pemain berusia 30 tahun itu akan terlepas aksi bersama Perancis dalam perlawanan persahabatan menentang Wales pada 10 November ini di Stade de France dan Jerman di Cologne, empat hari selepas itu.

Pemain Spurs itu juga akan terlepas aksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut ketika menentang Crystal Palace pada Ahad. – REUTERS



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons