December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah meluluskan pesta arak yang bertukar nama daripada “Oktoberfest” kepada “Centro German F&B Party”.

Contoh orang minum arak

Pesta arak tersebut akan diadakan di Centro Mall di Kelang mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.

Bagaimana pun, pihak penganjur perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan pesta arak. Mereka juga perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

Yang terbaru, Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan dilaporkan berkata mereka menerima arahan supaya menyekat sebarang penganjuran pesta arak.

“Pihak saya tidak membenarkan seperti arahan yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya polis memastikan tiada sebarang pesta arak dianjurkan,” katanya.

Dan sehingga kini, polis belum menerima sebarang surat permohonan daripada pihak penganjur.

Penulis difahamkan bahawa kesemua wakil DAP dalam Majlis Perbandaran Kelang telah sebulat suara bersetuju dengan penganjura pesta arak tersebut. Wakil-wakil DAP ini disokong oleh sebahagian besar wakil-wakil PKR.

Begitu jelas parti DAP mendominasi segala keputusan dalam kerajaan Pakatan pembangkang seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Lebih teruk lagi apabila kerajaan DAP negeri yang majoritinya terdiri daripada bukan Islam turut masuk campur dalam hal ehwal Islam apabila sesuatu fatwa perlu dikemukakan kepada mereka dahulu sebelum boleh diwartakan.

Baca : https://novandri.blogspot.com/2017/02/kerajaan-dap-kurang-ajar-perlekehkan.html

Dalam isu pesta arak ini. yang menjadi persoalan sekarang ialah tindakan keji dan kurang ajar wakil-wakil DAP dalam Majlis Perbandaran Kelang yang menghina mereka yang membantah penganjuran pesta arak tersebut.

Penghinaan melampau puak DAP ini didedah oleh Mohd Prasad Hanif, wakil PAS dalam Majlis Perbandaran Klang. Beliau membuat kenyataan ini dalam Facebook beliau iaitu :

“Dalam mesyuarat MPK, bukan main AM DAP kata mereka yang bantah “otak udang” dan “otak kurang upaya”. Bila rakyat tahu mereka menyokong, nak u-turn pula. Politik longkang.”

Mereka yang membantah pesta arak adalah “otak udang” dan “otak kurang upaya”, kata puak DAP.

Begitu biadap sungguh puak DAP ini kerana menghina pihak yang membantah pesta arak yang rata-ratanya terdiri daripada umat Islam di negara ini.

Perkara ini juga jelas menunjukkan sikap angkuh dan sombong puak DAP walau pun hanya dengan sedikit kuasa yang mereka ada.

Bayangkanlah betapa rosaknya negara ini jika parti cauvinis DAP diberi lebih banyak lagi kuasa melalui Pakatan Harapan. Kerana itu rakyat mesti menolak Pakatan Harapan kerana kita tahu parti cauvinis DAP adalah top dog dan penentu kepada polisi Pakatan pembangkang.

Penulis menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan tegas terhadap puak DAP ini.

Kenyataan biadap DAP ini boleh menyebabkan konflik yang tidak diingini dan ketegangan sesama kaum dan agama di negara ini.

Tambahan pula, puak DAP ini memang diakui sengaja memporak-perandakan kesejahteraan dan keamanan sesama kaum sebelum ini.

Malah, DAP adalah pencetus kepada peristiwa berdarah antara kaum sebelum ini.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons