December 17, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Realitinya,
untuk apa Pakatan Harapan (PH) bertanding pada pilihan raya umum ke-14 akan
datang?

Untuk
semata-mata menentang Barisan Nasional (BN) agar tidak memberikan laluan mudah
untuknya mengawal Putrajaya?
Atau
masuk bertanding untuk ‘test market’ sebagai mempersiapkan diri menyertai
Pilihan Raya Umum ke-15?
Atau
PH memang bertekad tinggi – kini yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat
(PKR), DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) – menyertai
pilihan raya untuk menjatuhkan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
dan seterusnya memerintah Malaysia?

Sejarah
membuktikan bahawa pakatan pembangkang, 
sebutlah apa nama sekalipun, sama ada
sejak Angkatan Perpaduan Ummah hingga kepada Pakatan Rakyat (PR), pembangkang
tidak pernah berjaya menewaskan BN untuk membentuk kerajaan di pusat.

PAS
yang sebelum ini menyertai pakatan pembangkang memang di Kelantan sejak 1990
dan kemudian di Kedah dan Terengganu tetapi tetap seperti parti pembangkang
lain, tidak mempunyai kekuatan untuk membantu menjatuhkan BN.
DAP
yang berjuang begitu lama dan kemudian disertai oleh PKR juga gagal menundukkan
BN sejak 1999, walaupun PKR kemudian bertapak dengan teguh di Selangor. DAP
pula kekal di Pulau Pinang.
Jadi
apabila kini dengan adanya PH dengan dua muka baru iaitu AMANAH dan PPBM,
selain senario politik di bawah kepimpinan Najib yang bercelaru dan terpalit
dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan, ia membawa harapan baru.
Rakyat
sedang memerhatikan hala tuju dan keberkesanan perjuangan PH.
Tetapi
sekali lagi persoalan timbul dengan isu-isu umpamanya:
1.    
Di
sebalik menyebut mahu menumpaskan BN/Najib, PKR berterusan dengan pejuangan
untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri walaupun
tahu sejauh mana kekuatan sebenar mereka;
2.    
DAP
yang sedar sukar untuk pemimpinnya menjadi Perdana Menteri kerana kekangan
perlembagaan dan persetujuan pihak istana
;
3.    
AMANAH
yang peranannya agak terhad dan dilihat hanya ‘bergema’ di Kelantan
bagaikan menyertai pilihan raya akan datang untuk ‘test market’ semata-mata
sebagai persediaan untuk memperkukuhkan parti bagi Pilihan Raya Umum ke-15; dan
4.    
Hanya
PPBM jelas dengan misi mereka untuk menumbangkan BN dan Najib dan mahu
menggerakkan PH untuk menjadi pemerintah menggantikan BN di Putrajaya.

Berikutan
PPBM begitu jelas dari segi matlamatnya maka banyak pihak yang bimbang BN akan
jatuh dan bagi yang  mempunyai perasaan
takut Anwar tidak menjadi Perdana Menteri jika PPBM kononnya menjadi dominan,  berusaha untuk menggagalkan usaha PPBM ini.

Maka
timbullah berba
gai persoalan yang sengaja dibuat untuk mengeruhkan PH termasuk
isu kononnya PPBM mahu menjadi memimpin gabungan itu.

Ia
dikatakan dibuat bagi menjayakan rancangan untuk menggagagalkan sokongan
masyarakat Melayu-Islam pada pilihan raya umum akan datang.
Berbagai
cerita direka dan realiti sebenar tidak diteliti dan diperjelaskan demi menolak
has art  PPBM yang berusaha memainkan  peranan yang kurang dimainkan oleh parti lain
dalam PH sebelum ini.
Maka
timbullah pendapat kononnya  idea agar PPBM
mencetuskan “tsunami Melayu” akan menggoncang dan memecahkan parti
komponen gabungan itu meskipun ada mempercayainya sebagai kunci untuk
menumbangkan kerajaan pemerintah yang diterajui UMNO/BN pada pilihan raya akan
datang.
Rasionalnya,
PPBM ditubuhkan bagi menggantikan UMNO.
Ini
bermakna di mana kerusi yang UMNO menang sma ada pada kerusi Parlimen atau juga
Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya PPBM bertanding.
Dengan
kata lain,  bagi PPBM pula di mana PKR
dan PAS menang dikerusi Parlimen dan DUN, ia tidak akan ‘kacau kerusi
berkenaan’ kerana memang itu kerusi PKR dan AMANAH.
DAP
pula memang ‘terlepas daripada kedudukan pertindihan’ kerana ia bertanding di
kerusi majoriti bukan Melayu dan bukan Islam.
Berdasarkan
kedudukan kerusi yang dimenangi oleh UMNO ketika ini, ia berjumlah 88 daripada
112 kerusi dipertandingkan di Semenanjung dan Sabah?
Tidakkah
logik bahawa kerusi yang tersedia di Dewan Rakyat untuk ditanding oleh PPBM
kini paling kurang pun 80 kerusi, dengan membiarkan kerusi UMNO di Sabah
ditandingi oleh Parti Warisan Sabah?
Apakah
PPBM sudah hebohkan berapa kerusi ia akan bertanding seperti yang dilakukann
oleh PKR dan AMANAH sebelum ini? Jawapannya belum.
Dengan
kedudukan jumlah kerusi UMNO (Melayu dan Islam) itu, tidakkah ini menggambarkan
kemungkinan PPBM akan bertanding kerusi yang dijangka akan dimenangi paling
banyak?
Apakah
ini boleh diterjemahkan akan menjadikan PPBM sebagai dominan dalam PH?
Berapa
pula kerusi yang mahu dipertandingkan oleh PKR dan AMANAH?
Berdasarkan
kemenangan PRU13, yang dicapai oleh PKR dan AMANAH, jumlahnya ialah
masing-masing.30 (PKR bertanding sebanyak 99 kerusi) dan AMANAH pula kosong.
AMANAH
ada enam kerusi di Dewan Rakyat (semuanya dimenangi atas tiket PAS)..
Namun
ini tidak bermakna di mana dirasakan antara parti sama ada PKR, AMANAH, DAP
atau AMANAH boleh menang, pembahagian kerusi melalui rundingn tidak boleh
dibuat untuk menentukan siapa bertanding.
Rasanya
cara mengembar-gemburkan isu PPBM mahu menjadi dominan dalam PH tidak perlu
diluahkan di luar.
Belajarlah
bagaimana DAP mampu memenangi hati bukan Melayu dan bukan Melayu di mana
hasilnya sangat membanggakan apabila walaupun hanya bertanding 51 kerusi, namun
mereka menang 38 kerusi, meninggalkan PKR dan PAS pada pilihan raya umum lalu.
Perundingan
masih dibuat menentukan struktur kepimpinan PH dan ia ada kaitannya dengan isu
logo, manifesto dan akhirnya kerusi akan dipertandingkan.
Soal
siapa menjadi Perdana Menteri juga bukan sesuatu yang wajar dibahaskan secara
terbuka.
Semua
persoalan itu perlulah dikaitkan dengan misi ‘mahu menjatuhkan BN’ atau ‘mahu
mengutamakan kepentingan parti masing-masing’?
Persoalan
yang juga penting ialah siapa wajar menerajui PH?
Apakah
jika Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau Mohamad Sabu atau juga Lim Kit
Siang/Lim Guan Eng akan menjadi peneraju utama PH, ini akan membolehkan PH
menang dan meraih kemenangan menumbangkan BN?
Apakah
rakyat khususnya orang Melayu yakin dengan kemimpinan utama PKR, AMANAH atau
DAP untuk menerajui PH menumbangkan Najib?
Sebaliknya
banyak pihak mengatakan jika Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui PH,
orang Melayu akan berasa lebih yakin dan ‘tasunami Melayu’ akan berlaku.
Dibantu
oleh kekuatan yang ada pada PKR dan sokongan bukan Melayu dan bukan Islam dari
DAP dan AMANAH, BN akan merasai badai atau gelombang apa akan menghanyut dan
menenggelamkan mereka.
Ketika
ini tidak usahlah pertikai atau menjadikan isu parti mana dominan atau kepimpinan
bentuk apa wajar diwujudkan dalam PH. Paling penting gerakan hendaklah
dijuruskan kepada jatuhkan BN dan Najib.
Namun
jika semua parti PH mempunyai kepentingan masing-masing dan masih bernostalgia
dengan sejarah lalu, ia tidak akan membawa PH ke mana-mana.
Tidak
ada masa untuk mengatakan PH ditubuhkan untuk mewujudkan kesaksamaan antara
parti dan sebagainya. Persoalannya kesaksamaan apa? Tawar menawar kerusi?
Lebih
penting daripada segala-galanya ialah mengalahkan BN dan Najib pada PRU14.
Dengan
kedududkan di mana PPBM dan AMANAH diterima baik oleh orang Melayu dan Islam
sementara PKR yang mendapat dokongan berbagai kaum dan DAP untuk masyarakat
bukan Melayu dan Islam, tumpuan hendaklah kepada menembusi dan menawan hati
pengundi di bandar dan luar bandar.
Dengan
kedudukan di mana BN lebih tertumpu kepada kejayaan UMNO meraih kerusi paling
banyak, rekod sebelum ini membuktikan PKR dan DAP sudah jauh meninggalkan
keupayaan MCA, MIC dan Gerakan untuk mendapatkan undi bukan Melayu.
Mungkin
Sarawak boleh memberikan sedikit kelebihan kepada BN dengan 14 daripada kerusi
PBB  tetapi Sabah bukan lagi ‘simpanan
tetap BN’.
Berikutan
itu, kejutan pada tahun 2008, di mana undi popular untuk pembangkang yang  melonjak sebanyak hampir 14 peratus, berbanding
dengan 2004 perlu dipertingkatkan.
Kegagalan
strategi pembangkang pada PRU12, dengan memfokuskan hanya kepada pengundi yang
telahpun menyokong mereka yang akhirnya berjaya meningkatkan pertambahan undi
popular hanya tiga peratus,  perlu digantikan
dengan strategi lebih berkesan, iaitu mendapatkan pengundi baru.
Dengan
berbagai tekanan hidup yang mengancam semua lapisan rakyat seperti kebaikan
harga barangan keperluan, pemotongan subsidi, GST, penyelewengan dan rasuah,
pembangkang akan mendapat pengundi baru kali ini.
Juga
pendedahan demi pendedahan penyalahgunaan kuasa dan masalah yang melanda agensi
kerajaan seperti FELDA, KWSP, KWAP, Tabung Haji 
dan sebagainya tentunya membuka mata kenapa rakyat perlu memilih
pembangkang.
Ini
belum lagi isu seperti graduan menganggur, kesukaran membeli rumah mampu milik,
bayaran bil kesihatan yang semakin tinggi dan banyak lagi isu-isu harian yang
rapat dengan rakyat, jika digunakan sepenuhnya oleh pembangkang, akan
benar-benar menyulitkan BN dan Najib meraih undi.
Sewajarnya
kerja PH difokuskan kepada menjadikan pembangkang sebagai pilihan kepada BN
untuk memerintah negara, bukan masing-masing dalam PH cuba menegakkan
kepentingan parti masing-masing.
Paling
penting, dalam PH biarlah ‘ukur baju di badan sendiri’ dalam apa juga tindakan
dan keputusan.
Belajarlah
untuk menerima kelemahan dan kekurangan sama ada dalam kepimpinan atau
kemampuan sendiri, bukan asyik ‘menegakkan benang yang basah’.
Akhirnya
jangan ada parti komponen PH tanpa mencerminkan sendiri mengenai dirinya mempertikaikan
kemampuan parti komponen PH yang lain,  sedangkan hakikatnya mereka tidak sekuat mana
pun.
Pilihan
raya adalah medan pertandingan untuk menang, bukan medan untuk cuba-cuba
mencari pengaruh.
Yang
hanya mahu ‘test market’ akan merugikan tenaga dan wang ringgit dan akhirnya
maruah parti berkenaan sendiri akan tercalar.

Keputusan
yang salah itu akan menyebabkan BN dan Najib menang dan ketika itu ‘nasi sudah
menjadi bubur’! 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons