December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


BARCELONA 3 Nov. – Ribuan penduduk Catalonia membuat bantahan terhadap penahanan lapan menterinya yang dipecat ekoran isu pengisytiharan kemerdekaan wilayah itu minggu lalu.

Menurut portal berita BBC, Kesemua menteri berkenaan yang muncul di Mahkamah Tinggi Sepanyol dituduh melakukan pemberontakan, hasutan dan penyalahgunaan dana awam.

Pendakwaraya dilaporkan turut mengeluarkan waran tangkap Eropah terhadap pemimpin Catalonia yang digulingkan Carles Puigdemont serta empat lagi bekas menterinya selepas mereka tidak hadir di mahkamah dan kini berada di Belgium.-AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons