December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Ada sesetengah pihak kata, lantaklah kalau Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz
dan ‘orang politik Sarawak’ mahu tunjuk ‘siapa
besar’.

Nak tunjuk samseng atau siapa betul, itu hak
mereka. Namun isunya, bukan soal pertelagahan pendapat dan label-melabel itu sahaja.
Yang penting untuk rakyat tahu ialah ialah kenapa penginapan di bilik hotel itu dikutip
dan berapa pula kerajaan beria-ia mahu mendapat untung daripadanya?
Persoalannya juga kenapa begitu sekali terjadi
‘pertelingkahan’ dalam isu ini?

Juga dalam hubungan antara kerajaan pusat dan negeri, Putrajaya boleh melaksanakan apa sahaja dan begitu juga dalam konteks Barisan Nasional (BN), menteri-menteri UMNO boleh cakap dan laksanakan apa sahaja?

Juga apakah kerajaan Pusat termasuk Mohd Nazri atau
digelar ‘Raja Kontroversi’ tidak dapatkan pandangan kerajaan negeri sebelum
dilaksanakan?
Atau memang hak kerajaan pusat dan kerajaan negeri
‘perlu ikut sahaja’.

Juga apakah Mohd Nazri melihat kepada keupayaan beliau dan kementeriannya menjana pendapatan yang besar untuk Putrajaya pimpinan Datuk Seri Najib Razak?

Cukai
ini dikuatkuasakan kesan Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan yang diluluskan
di parlimen pada sidang yang lalu. Ini bermakna sudah dibahaskan di Parlimen,
namun pelaksanaannya mungkkin tidak dijangka begitu cepat.
ADUN  Batu Lintang dari PKR, See Chee How berpendapat
 kerajaan pusat tidak ada hak dalam hal
berkenaan industri pelancongan di Sarawak, dan ini dilihat dengan penubuhan
kementerian pelancongan peringkat negeri pada 1985.
“Hanya
pada 1994, kerajaan persekutuan memperkenalkan pindaan kabur dan meragukan
menerusi rang undang-undang Pindaan Perlembagaan untuk menyenaraikan
pelancongan dalam senarai persekutuan,” kata See.
Bagaimanapun,
tidak ada rundingan atau persetujuan daripada kerajaan Sarawak dalam mengambil
alih pelancongan yang merupakan perkara belum diperhalusi sebelum ia dijadikan
bidang kuasa persekutuan pada 1994.
Kelmarin,
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan keahlian lebih 900 pengusaha hotel
di seluruh Malaysia berkata  pihaknya
masih lagi tidak jelas bagaimana mahu melaksanakan cukai itu, yang dijangka
pada kadar antara RM2.50 dan RM20 dikenakan bagi penginapan semalaman.
Presiden MAH Cheah Swee Hee menegaskan, 
pihaknya masih tidak tahu mekanisme untuk mengutip cukai pelancongan,
dan jumlah caj bil cukai dikenakan kepada pelancong untuk menginap.
“Saya rasa 1 Julai itu tak ada siapa boleh buat,” kata Cheah.
Menurutnya, tempoh masa itu tidak memadai bagi pengusaha hotel membuat
persiapan.
Pertelagahan antara Mohd Nazri dengan orang politik
Sarawak mempekukukkan pendapat bahawa cukai ini sewajarnya dikaji perlaksanaannya
secacara mendalam terlebih dahulu, walaupun sudah diuluskan oleh Parlimen..
Jika ada negeri yang kurang bersetuju – tidak
seperti beberapa negeri yang ikut sahaja, malah Terengganu mengalu-alukan cukai
berkenaan sementara Melaka mengatakan ia tidaak ada masalah – rundingan perlu dibuat terlebih dahulu.
Sarawak melihat akan kesan jika dikenakan cukai
berkenaan dan sebagai negeri yang bergantung kuat kepada hasil pelancongan,
sudah pasti ia bimbang dengan pelaksanaannya.
Menteri
Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim
Rahman Hamzah sebelum ini membuat gesaan agar kerajaan persekutuan
menangguhkan pelaksanaan cukai pelancongan yang bakal berkuatkuasa 1 Ogos
depan.
Karim
turut mengaitkan mengenai Perjanjian Malaysia dalam meminta cukai itu
ditangguhkan di Sabah dan Sarawak.
Hanya
dengan menyuarakan pendapat, Mohd Nazri terus berang dan mengatakan Menteri
Sarawak  berkenaan sebagai  “setahun jagung dan masih budak lagi” dan
pastinya dianggap suatu penghinaan terhadap Abdul Karim yang telah diberi
kepercayaan oleh pucuk kepimpinan negeri.
Pemimpin
politik Sarawak berpendapat sebagai sebuah keluarga besar dalam BN apa juga isu
terutama menyentuh sensitiviti rakyat di mana-mana peringkat, seharusnya
ditangani secara musyawarah dalam semangat BN dan bukannya menerusi kenyataan
umum atau menerusi hebahan media kerana ia boleh mencetuskan kemarahan nitizen.
Pengerusi Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah
Yusof, berkata kenyataan Nazri kasar dan tidak melambangkan semangat
kekeluargaan dalam BN.
“Pemuda BN Sarawak mengecam kenyataan Nazri
terhadap Abdul Karim yang kasar dan tidak melambangkan semangat kekeluargaaan
dalam Islam,” kata Fadillah yang jga Menteri Kerjaraya.
Beliau
mengatakan, perkara seperti ini boleh dibincang malah perlu hormati perbezaan pendapat
dan seterusnya mengambil kesempatan itu untuk bermuafakat bagi mendapatkan
penyelesaian terbaik kepada semua perkara.
Katanya,
tindakan melabelkan sebagai ‘samseng’ juga tidak wajar sama sekali kerana ia
bukan sahaja penghinaan kepada individu terbabit malah boleh menjejaskan imej
parti, apa lagi samseng bukanlah budaya dalam BN, apatah lagi dalam PBB.
Bekas Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, yang
kini Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hubungan Korporat), Abdullah
Saidol (kanan), memuji tindakan Abdul Karim kerana ia berkait tentang hak negeri.
“Raja kontroversi” itu dilihat terlalu angkuh dan
sombong, hingga sanggup melabel menteri negeri yang setaraf dan sejawatan
dengannya sebagai “setahun jagung”, ” tidak cerdik” dan “samseng” — sesuatu
yang tidak dapat diterima rakyat Sarawak,” katanya mengulas kenyataan Mohd
Nazri.
Dengan sedikit emosi, Abdullah menulis di
Facebooknya: “Engkau ingat kita di Sarawak ini boleh dikotak-katik macam tu
saja? Kenapa tiba-tiba cakap pasal “samseng” pula? Samseng sangat ke awak tu?
Jangan fikir tahap samseng awak saja?”
Menurut beliau perangai ‘feudalism’ atau
‘kebangsawanan’ Mohd Nazri seperti inilah yang membuat rakyat meluat dan menyampah
dengan budaya politik dalam negara kita sekarang ini.
Persoalannya, apakah Mohd Nazri kini merasakan begitu berpengaruh dan tidak
akan ditegur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jika pun mengeluarkan
kata-kata kesat kepada rakan politik mereka?
Apakah Nazri tidak peduli lagi soal sensitiviti yang sering ditimbulkan
oleh orang politik Sarawak dan beberapaa ‘autonomi’ yang sudah diberikan Najib
kepada Sarawak?
Dengan
mengatakan,  “Tak payahlah
bangkitkan agreement tu. Kami tahulah,” Nazri menunjukkan bahawa beliau memang
mahir mengenai kedudukan Sarawak dalam Malaysia malah menegaskan bahawa cukai
baru itu sebahagian daripada cukai persekutuan.
Nazri
mempertahankan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai
cukai kerajaan persekutuan bagi mengelakkan kekeliruan. “Bila jadi
cukai federal tak berbangkit soal kita rampas hak Sarawak,” tegasnya.
Dalam konteks ini, apakah bagi Mohd Nazri, beliau hanya melihat
sumbangan beliau dan kementerian beliau kepada kepentingan negara ketika ini
tanpa mempedulikan ‘perasaan negeri-negeri’?
Apa kepentingan negara ini? Yang nyata memerlukan pendapatan yang besar
untuk menampung kehilangan dana negara kerana membanyar berbagai hutang,
termasuk hutang negara, hutang diakibatkan penyelewengan melalui 1Malaysia
Development Berhaad (1MDB) dan banyak lagi.
Yang
jelas, pelaksanaan cukai pelancongan membolehkan kerajaan mengutip sehingga
RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus.
Laporan
Tahunan Program Transformasi Negara, berkata resit pelancongan tahun 2015
merosot sebanyak empat peratus kepada RM69.1 bilion berbanding RM72 bilion bagi
tahun 2014.
Apakah
pengenalan cukai pelancongan ini suatu langkah terdesak kerajaan untuk mencari
dana tambahan?
Ketika berbahas di Dewan Rakyat pada April lalu
untuk meluluskan rang undang-undang Cukai Pelancongan 2017, Mohd Nazri berkata
cukai boleh memberikan kerajaan sebanyak RM654.62 juta, berdasarkan kadar
penginapan melibatkan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60%.
Pada
6 Jun lalu, Mohd Nazri mengumumkan cukai pelancongan berkuatkuasa 1 Ogos yang
akan menyaksikan pelanggan, termasuk rakyat tempatan perlu membayar sehingga
RM20 bagi penginapan sebuah bilik hotel semalaman.
 
Kadar
cukai berkenaan ialah RM20 untuk hotel bertaraf lima bintang; RM10 untuk hotel
bertaraf empat bintang; RM5 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga bintang dan
RM2.50 untuk hotel bertaraf satu hingga tiga orkid serta yang tidak ditarafkan.
Gara-gara
pertelingkahan ini Sarawak membuat keputusan segera untuk daripada  Lembaga Pelancongan M’sia berkuat kuasa
serta-merta hari ini.
Keputusan
itu dibuat selepas kerajaan negeri berpendapat penyertaan dalam lembaga itu
mempunyai pertindihan tugas serta peranan dengan Lembaga Penggalakan
Pelancongan Sarawak.
Cukai
itu tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta caj perkhidmatan.
Bagaimanapun, bilik berdaftar dengan kerajaan di bawah program homestay
dikecualikan daripada cukai berkenaan.
Turut
dikecualikan ialah premis yang menyediakan penginapan kurang daripada 10 bilik,
serta yang disenggara institusi agama, kerajaan dan badan-badan berkanun untuk
tujuan bukan komersil.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons