December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 4 Nov.- Pelakon Remy Ishak terus berteka-teki mengenai tarikh pernikahanya dengan wanita bernama Ezza Yusof.

Walaupun sudah hampir enam bulan bergelar tunangan orang, ketika ini dia masih enggan berkongsi perkembangan  mengenai persiapan perkahwinanya.

“Saya masih menjadi tunangan orang. Saya berdiam bukannya tidak mahu komen mengenai hubungan kami tetapi tiada apa ingin saya ceritakan.

“Lagipun saya tidak selesa untuk berkongsi hal pertunangan kepada umum kerana bagi saya proses pertunangan itu lebih kepada untuk mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

Jelas Remy, sejak mengikat tali pertunangan pada Mei lalu dengan ahli perniagaan itu, dia mengakui tidak selesa untuk berbicara mengenai tunangnya secara terbuka. 

“Jika ada apa-apa perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, saya sendiri akan sampaikan kepada semua,” katanya yang ditemui sejurus memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk drama Pesan Dari Tuhan di Anugerah Skrin 2017 malam tadi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons