January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Teruknya pandangan itu, apatah lagi bila ia datang dari pemimpin parti Islam. Nampak betapa rendahnya nilai intelektualisme pemimpin tersebut.


Oleh: MOHAMED HANIPA MAIDIN

Bila Islam difahami secara sempit, banyak kekeliruan yang timbul. Kesannya , Islam tidak lagi dilihat sebagai agama yang indah.

Saya rasa pelik bila ada pemimpin dari parti yang mendakwa ia parti Islam menyatakan bahawa mereka yang tidak menyertai perhimpunan menyokong RUU 355 adalah dikira penyokong Ahok.

Teruknya pandangan itu, apatah lagi bila ia datang dari pemimpin parti Islam. Nampak betapa rendahnya nilai intelektualisme pemimpin tersebut. Sedarkah beliau yang kenyataan beliau itu juga hakikatnya kena pada ahli ahli dan pemimpin parti islam yang juga tidak hadir pada hari himpunan tersebut.

Sepatutnya, parti Islam yang ke depan membela mana mana individu yang dizalimi atau dianiayai meskipun orang itu bukan Islam. Itulah yang dilakukan oleh ramai ulama Islam suatu ketika dulu. Itulah juga yang Islam ajar dan itu juga yang Rasulullah s.a.w. telah lakukan.

Bukankah Islam telah membela orang Yahudi yang dianiayai oleh orang Islam sendiri sehingga turunnya wahyu dalam surah Al Nisa’ ayat 105.

Bila Islam difahami secara sempit,ramai orang Islam mudah sangat tertipu oleh pemerintah yang sanggup guna nama Islam untuk lindungi kezaliman dan kebobrokan kuasanya.

Inilah yang berlaku dalam isu RUU 355.

Pertamanya, Kerajaan BN yang ada sejarah buruk dengan Islam tiba tiba dilihat bersikap lunak dengan perundangan Islam. Ia dilihat sanggup beri peluang kepada parti Islam kononnya untuk laksana hudud. Maka dengan tiba tiba segala kebobrokan kuasa Kerajaan BN boleh dilupakan. Itulah yang BN idamkan.

Tiba tiba , wang negara yang hilang dan tidak dapat dipertanggungjawabkan dalam isu 1MDB tidak lagi jadi isu besar oleh parti Islam. Maka, para Ahli Parlimen dari parti Islam tidak rasa perlunya menyerang isu 1MDB di dalam Parlimen.

Begitu juga, proses pilihanraya yang amat kotor tidak lagi dipandang sebagai kebobrokan kusa BN. Meskipun semua tahu , demi untuk terus berkuasa , BN sanggup peralat SPR memindahkan para pengundi secara tidak sah. Walaupun tanpa suara dua pertiga di Parlimen untuk BN menambah kerusi, namun , mereka masih menyalah guna kuasa SPR dalam bentuk yang lain.

Sudah tentu , Islam tidak boleh menerima penyalahgunaan kuasa dan penipuan dalam piliihanraya.

Logiknya, jika ada mana mana pihak yang menentang kebobrokan pilihanraya yang kotor itu , seperti Bersih maka umat Islam tidak ada masalah menyokong inisiatif tersebut.Tetapi, parti Islam membuat keputusan tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih.

Lagi sekali, BN amat seronok dengan pendirian parti Islam.

Meskipun pemimpin Islam selalu menyebut peristiwa hilfu al fudul yang berlaku di zaman jahiliyyah yang Rasulullah s..a.w. juga menyokongnya dan berikrar akan terus menyokongnya jika perjanjian seperti itu wujud selepas fasa kenabiannya, namun pemimpin parti Islam tidak rasa penting menyokong himpunan Bersih.

Maka, amat amat relevan Amanah ditubuhkan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons