January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Rupa-rupanya Jabatan Keadilan Amerika
Syarikat (DOJ) amat mudah dipengaruhi dan diperkotak-katikkan oleh pembangkang
Malaysia untuk mempengaruhi mereka bagi melaksanakan saman sivil pelucuthakan
terbaru bertujuan merampas aset-aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).

Oleh kerana terlalu tenat dan terdesak,
pembangkang di Malaysia sanggup melakukan apa sahaja termasuk taktik keji dan
kotor bagi mempengaruhi DoJ melakukan saman sivil yang kesannya kelak akan
mlimpah kepada peemimpin dan kerajaan Malaysia.
Tidak diketahui sebabnya kenapa DoJ
begitu mudah percaya dan ‘bengap’ hingga boleh terpengaruh dengan pembangkang
di Malaysia sedangkan butiran saman itu semuanya sesuatu yang ‘tidak benar,
bohong, diada-adakan dan tiada satu pun yang benar mengenainya’.
Dengan bantuan DoJ, pembangkang Malaysia
dikatakan melakukan apa sahaja untuk  mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan
rakyat terhadap pemimpin negara dalam usaha mendapatkan sokongan politik
daripada rakyat, apalagi apabila sekain hampirnya kepada pilihan raya umum.
Segala-galanya salah pembangkang.
Merekalah yang menyebabkan pendedahan terbaru oleh DoJ dan menjadikan dana 1MDB
mendapat perhatian dunia sekali lagi.
Langkah DOJ pada Khamis (kelmarin)
mendedahkan bahawa sebanyak RM17 bilion telah diseleweng oleh ‘pegawai
tertinggi negara’ untuk membiayai kehidupan serba mewah, adalah perbuatan jahat
pembangkang.
Dalam saman sivil terbaru DoJ yang
mengandungi lebih 200 muka surat yang difailkan di sebuah mahkamah di
California pada Khamis, ia mahu menyita pelbagai aset dan hartanah mewah, dalam
usaha mendapatkan kembali AS$540 juta wang yang dikaitkan dengan dana dicuri
daripada 1MDB.
Ia termasuk sebuah lukisan mewah dan
hasil hak cipta dua filem komedi Hollywood, “Dumb and Dumber To” dan “Daddy’s
Home” yang diterbitkan sebuah syarikat diketuai anak tiri perdana menteri, Riza
Aziz.
DoJ dalam siasatannya turut mendapati
kecurian lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion) berlaku dalam 1MDB melibatkan
pegawai atasan dan sekutu mereka.
Saman terbaru itu turut mendedahkan
beberapa perkara termasuk bagaimana wang yang amat besar digunakan untuk
membeli karya seni, hartanah, melabur dalam filem Hollywood, membeli kapal
layar dan rantai berserta loket berlian bernilai puluhan juta dolar.
Apakah DoJ begitu mudah terpengaruh
dengan ‘hasutan pembangkang’?
Realitinya, walau sebanyak dan sebesar
mana tindakan pembangkang, jika DoJ tidak melihatnya sebagai suatu skandal
bertaraf dunia, ia tidak akan berbuat apa-apa.

Lagipun Datuk Seri Najib Razak sudah berulang
kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan
mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Persoalannya ialah sejauh manakah besarnya
 pengaruh pembangkang menggunakan kuasa asing
sehingga DoJ terpengaruh mencampuri urusan politik negara?
Malah pembangkang dituduh memanipulasi
saman sivil terbaru yang disifatkan sebagai  satu senjata politik untuk menjatuhkan
pemimpin negara dan menjayakan matlamat peribadi masing-masing.
Jika demikian, apakah  saman terbaru yang didedahkan oleh DoJ itu bukan
 bersifat campur tangan secara langsung
oleh sebuah negara asing dalam hal ehwal Malaysia?
Campur tangan yang melibatkan sebuah negara
besar – Amerika Syarikat (AS) – itu mengundang pertanyaan. Bolehkah Putrajaya
memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan ‘serangan’ seperti ini apa lagi
ia bersifat campur tangan asing?
Apakah pihak kerajaan Malaysia begitu ‘takut
untuk bertindak balas’ walaupun Perdana Menteri, keluarganya, partinya dan
kerajaan dihina sebegini rupa?
Jika ia membawa kesan kepada kedaulatan
negara apabila pembangkang menggunakan kuasa asing untuk mencampuri urusan
politik negara, kenapa Putrajaya tidak bertindak sewajarnya?
Saman sivil ketiga yang difailkan oleh
DOJ kelmarin dengan jelas menyenaraikan secara terperinci tentang dakwaan
penyelewengan wang 1MDB.

DOJ turut mendakwa, kapal layar mewah
milik Low, “The Equanimity” dibeli menggunakan wang 1MDB.
Selain itu, dalam pemfailan tersebut,
DOJ juga berkata, sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan bagi membeli loket
dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Malaysian Official 1.
Jika tidak benar dan bohong semuanya,
kenapa tiada reaksi segera Putrajaya, parti pemerintah khususnya BN dan UMNO
terhadap saman sivil berkenaan?

Cukupkah dengan Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali, dan Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin
Tengku Ahmad sekadar mengulangi penafian mereka?

Kenapa menteri Najib, penyokong parti
pimpinan Najib – BN dan UMNO –  sunyi
sepi dan tidak mempertahankan ketua mereka, termasuk kritikan terhadap
isterinya Datin Seri Rosmah Mansor?
Di mana Wanita UMNO dan Puteri UMNO yang
sepatutnya lantang mempertahankan ketua mereka?
Walaupun tiada kaitan secara khusus,
namun pemfailan oleh DoJ seperti ‘pukul anak sindir menantu’.
Apakah mereka merasakan DoJ benar atau
memang sukar untuk mereka berhujah dengan pendedahan terbaru yang lebih nyata
kali ini?
Apakah tidak terfikir oleh Pemuda
Barisan Nasional (BN) atau sekurang-kurangnya Pemuda UMNO untuk bertindak balas
jika dakawaan berkenaan adalah tidak benar?
Beranikah mereka untuk berhimpun dan
membuat bantahan di hadapan Kedutaan AS di Jalan tun Razak? Jika tidak berani
kenapa?
Jika dakwaan DoJ berat dan tidak wujud
sebarang unsur jenayah dalam pengurusan dan pentadbiran syarikat 1MDB seperti
yang didakwa dalam kes DOJ itu, sudah pasti pemfailan oleh DOJ itu adalah palsu
semata-mata.
Dengan kedudukan itu tidakkah Putrajaya
dan Wisma Putra mahu membuat bantahan atau bertindak terhadapnya?
Tidak wajar dibiarkan nama baik Perdana
Menteri yang dikaitkan sebagai ‘MO1’ dan negara dipermainkan sedemikian rupa.
Tidak patut membenarkan nama baik negara
dan jawatan Perdana Menteri diheret dan dipalit sebegini teruk.
Tidakkah perlu dipanggil segera duta
besar AS untuk mendapatkan penjelasan?
Isu ini bukan kecil kerana DoJ dianggap mengumumkan
suatu pencapaian yang paling signifikan sejak 21 Julai tahun lepas, apabila
penyiasat AS untuk kali pertamanya mendedahkan secara terbuka mengenai dakwaan
skandal 1MDB.
Pada masa itu, penyiasat AS berkata
lebih AS$3 bilion didakwa disalahgunakan dari 1MDB dan berusaha untuk merampas
kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengannya.
Namun dalam pemfailan terbaru dan ketiga
malam kelmarin, DoJ kini meletakkan angka dakwaan penyalahgunaan itu pada
AS$4.5 bilion. Malah ia kini berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset
yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dicuri dari 1MDB.
Rakyat mahu tahu apakah semua ‘tuduhan’
ini benar atau sebaliknya.
Mendiamkan diri seribu bahasa akan
mengundang berbagai tafsiran dan prasangka.
Tidak wajar kerajaan berdiam diri. Suatu
gerakan atau langkah berani menafi dan menyanggah pemfailan ini perlu dilakukan
segera.
Jika tidak, ia bagaikan ‘membenar atau
mengiakan’ apa juga pertuduhan melalui pemfailan berkenaan.

Apa dan bila tindakan balas oleh Putrajaya
atau BN/UMNO seterusya?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons