December 18, 2017
You can use WP menu builder to build menus


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini  telah menggantung permit setiap kenderaan milik kedua-dua pengendali iaitu KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd yang terlibat dalam nahas bas pekerja yang mengorbankan lapan nyawa di kilometer 147, berhampiran Plaza Tol Juru, Bukit Mertajam dua hari lepas. 

Ini bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh  Bahagian Pematuhan  dan Audit Keselamatan SPAD ke atas kedua-dua pengendali  berdasarkan piawaian Kod Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of Practice atau ICOP).

Dalam kejadian berkaitan, sekurang-kurangnya lapan pekerja wanita kilang maut selepas dua bas dan sebuah van membawa kira-kira 30 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Tol Juru, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Maktar, berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas satu daripada kenderaan gagal dikawal dalam kejadian jam 6.02 pagi tadi. Siasatan awal mendapati nahas dipercayai berpunca daripada sebuah bas yang mengalami kerosakan di tengah jalan, sebelum dirempuh bas kilang lain dan sebuah van pekerja.

Keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian kenderaan awam darat di jalan raya senantiasa menjadi keutamaan bagi SPAD. Dalam Kenyataan Media SPAD hari ini, suruhanjaya berkenaan menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang tegas akan dikenakan terhadap pengendali yang didapati cuai di dalam pengurusan operasi. Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons