December 15, 2017
You can use WP menu builder to build menus


LELAKI yang sebelum ini menjadi suspek kepada pembunuhan seorang model berasal dari Negara Estonia, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, 31 dan seorang lagi wanita Salma @ Noraini Adam, 37 dilaporkan maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Mersing, Johor.

Tunku Alang Reza yang dinafikan sebagai salah seorang Ahli Kerabat Diraja Negeri Johor oleh Jemaah Majlis Draja Johor itu dilaporkan maut apabila kereta yang dinaiki terbabas sebelum merempuh tempat menunggu bas, di Kilometer 15 Jalan Jemaluang.

Dua orang lagi mangsa dilaporkan cedera ialah Puteri Nur Zawani Mohd Rasid, 33 dan Nor Faizah Abdul Malik, 41.

Menurut Deputi Superitenden Cyril Edward Nuing, yang merupakan Ketua Polis Daerah Mersing, Tunku Alang Reza yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Salma @ Noraini yang memandu kereta berkenaan meninggal dunia di ICU Hospital Mersing.

“Puteri Nur zawani yang juga merupakan penumpang di belakang kenderaan itu kini masih menerima rawatan di Hospital Mersing. Manakala seorang lagi Nur Faezah, tidak mengalami sebarang kecederaan serius,”

“Pihak polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.

Mayat mangsa sudah dihantar ke unit forensik Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat.

Tunku Alang Reza sebelum ini menjadi tajuk utama akhbar selepas ditahan bersama enam lagi berhubung pembunuhan Regina Soosalu, model berasal dari Negara Estonia di Pulau Rawa, Mersing pada bulan Julai 2014.

Tunku Alang Reza yang juga merupakan teman lelaki model berkenaan, ditahan oleh pihak polis selepas siasatan kes yang pada awalnya dianggap kematian akibat lemas bertukar kepada kes bunuh selepas pihak polis menemui kesan cedera mencurigakan pada tubuh model wanita tersebut.

FOTO — Tunku Alang Reza dan teman wanitanya, Regina Soosalu. Sumber — beritaharian.sg

Pada bulan Jun tahun ini, Tunku Alang Reza dilaporkan sekali lagi ditangkap oleh pihak polis, dan didakwa di mahkamah kerana mengambil methaphetamine, dan memiliki dadah berkenaan serta ganja.

Selepas media tempatan menyebutnya sebagai seorang ahli kerabat Diraja Johor, Jemaah Majlis Diraja Johor mengeluarkan satu kenyataan rasmi menafikan dia mempunyai sebarang hubungan dengan Kerabat Diraja Johor.

“Keistimewaan dan kuasa untuk melantik dan memasukkan seseorang sebagai anggota kerabat diraja Johor terletak pada Sultan Johor, seperti yang dinyatakan dalam Bahagian II Perkara 7(2)(e) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor,” kata Abdul Rahim Ramli, Presiden Jemaah itu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons